Zarina Zainuddin Terkilan Apabila Anaknya Dikatakan Tak Betul

PELAKON Zarina Zainuddin terkilan dengan kata-kata kesat netizen terhadap anak-anaknya selepas dia memuat naik video aktiviti harian bersama mereka.

Zarina berkata, kekurangan anak-anaknya sebagai kanak-kanak istimewa adalah nikmat dan ujian yang diberi Allah.

“Anak akak tak berapa betul akak pun baru nak belajar jadi betul.

“Takpa tapi kasih sayang akak pada mereka melimpah bak air pasang yang tak pernah surut. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya di laman Instagram.

Postingnya itu dibuat bagi menjawab komen salah seorang netizen yang menulis: “Anak kau tu dah tak betul sibuk nak tunjukkan kat video, menakutkan aje tengok.”

Zarina berkahwin dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22 , Muhammad Naim Azrai, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.

Bagaimanapun anak kembarnya itu adalah kanak-kanak istimewa yang menghidap autisme.

Dalam pada itu Zarina berkata, Allah memberi kehidupan seseorang manusia dengan pelbagai ujian.

“Syukur nikmat dan rahmat Allah bagi hidup kita tak pernah sempurna sampai bila-bila kerana Allah tak pernah salah menguji hambanya. Semoga awak juga dalam rahmat Allah SWT,” ujarnya.

JIKA anda sering mengikuti Instagram pelakon Zarina Zainuddin, anda pasti dapat melihat dia seorang ibu yang hebat untuk menjaga anak Orang Kelaianan Upaya (OKU).

Membesarkan dua anak kembar autisme iaitu Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal), 21, membuatkan wanita berusia 47 tahun ini sentiasa menjadi idola wanita dan ibu-ibu di luar sana.

Kami tahu Zarina ibu yang kuat dan kejadian pagi ini hanyalah secebis dari seribu kisah yang sudah biasa dihadapinya selama membesarkan dua anaknya itu.

Semoga Allah terus memberi ganjaran buat ibu setabah Zarina.

SUMBER : MSTAR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*