Zarina Anjoulie Komen Tentang Aliff Syukri Muat Naik Resit Beli Barangan Mewah

Terbaru usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri atau dikenali sebagai Aliff Syukri telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.

“kena posting nanti ada org cakap tiruan beli utk reward mobile partner @as.legacymalaysia” tulisnya.

Lantas, kapsyen gambar abang terlajak laris itu dijawab oleh seorang pelakon, Zarina Anjoulie.

“Maybe sebab aku pakai baju Gucci fake haritu tu kot . Pastu semua org bahan so dato tak nk kena camtu. But honestly aku tak kisah pun org memang Bayar aku utk review barang cap ayam … janji aku ada duit nk beli susu anak .” tulisnya.

Zarina berkata sebelum ini dia pernah menerima kencaman daripada netizen gara gara memakai barang tiruan dan Zarina merasakan Aliff Syukri tidak mahu perkara sedemikian berlaku kepadanya.

Setelah itu, ada netizen memberi kencaman kepada Aliff Syukri yang dikatakan riak.Lalu, netizen bersetuju dengan komen yang diberikan oleh Zarina kepada Aliff Syukri. Malah, netizen juga turut berhibur melihat gelagat mereka berdua.

Alahai, kelakar betul Zarina ni, ada-ada sahaja nak usik Aliff Syukri.

Isteri Aliff Syukri mahu tambah anak, bimbang sunyi bila tua

DATIN Seri Nur Shahida Mohd Rashid isteri kepada jutawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mahu menambah bilangan cahaya mata sebelum umurnya mencecah 35 tahun.

Menurut Shahida, dia dan Aliff berhasrat untuk menimang cahaya mata lagi tahun ini dan benar-benar berharap mereka dikurniakan sepasang bayi kembar.

“Saya mahu anak ramai sebab saya lihat sendiri situasi saya dengan keluarga.

“Walaupun saya mempunyai adik beradik yang agak ramai, tapi apabila sudah dewasa, semuanya sudah pasti akan memiliki keluarga sendiri dan akan jarang bertemu dengan ibu bapa.

“Sebab itu saya mahu anak yang ramai, sebab saya takut apabila tua nanti saya rasa sunyi jarang bertemu mereka.

“Sekarang saya sudah memiliki lima orang anak termasuk seorang anak angkat, jadi saya berharap agar saya dikurniakan bayi kembar, maka cukuplah tujuh anak saya,” ujar Shahida.

Shahida berkata demikian ketika ditemu bual di sambutan Hari Keluarga anjuran syarikat yang diasaskannya bersama suaminya, D’ Herbs bertempat di Pulau Langkawi yang diadakan sejak Jumaat hingga hari ini.

Acara ini diadakan bertujuan untuk meraikan usaha dan kejayaan lebih dari 100 orang kakitangan mereka di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka.

Aliff dan Shahida yang berkahwin pada Ogos 2007 mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra dan Ibraheem Adham

Foto : Instagram Aliff Syukri
SUMBER:MediaHiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*