Yusuf Azmi Tampil Bersuara Apabila Cara Ustaz Ebit Lew Membantu Tidak Disenangi Oleh Segelintir Pihak

Ada banyak cara untuk memastikan setiap perkara yang dilakukan itu benar-benar ikhlas.Tanpa niat dan keikhlasan semata-mata kerana Allah SWT, sukar untuk individu istiqamah dalam melakukan penghijrahan ke arah perkara kebaikan.Jika diperhatikan secara terperinci, setiap ibadat dalam Islam akan disertai dengan kewajipan memasang niat.

Selepas teruk dik3cam oleh warganet, hari ini Ustaz Abu Syafiq tampil dalam FB live beritahu untuk memberi sedekah mesti melibatkan 3 pihak ini: Pusat Zakat Setempat, Masjid Setempat, YB kawasan tersebut.

Penjelasan ini adalah supaya tidak berlaku fitnah atau syak wasangka ramai bahawa keluarga yang susah itu tidak pernah di bantu. Oleh yang demikian 3 pihak ini hendaklah turut serta dalam menyampaikan sumbangan.Berkenaan isu status yang dimuat naik oleh Ustaz Abu Syafiq semalam, beliau menjelaskan status tersebut adalah untuk persatuan yang berada di negara luar dan kesannya ade berlaku di negara Malaysia iaitu kumpul duit derma tapi tidak disalurkan dengan betul dan dibelanja untuk kepentingan pemilik pertubuhan tersebut.

Menjawab mengenai Ustaz yang ditanyakan kepadanya, Ustaz Abu Syafiq jelaskan beliau tidak ambil tahu langsung dan tidak pernah berjumpa.Beliau menjelaskan juga status “Meletak gambar dan video orang miskin yg susah sehingga memalukan dia adalah aib. Haram!” bukan ditujukan kepada siapa-siapa didalam negara ini. Ustaz Abu juga beritahu beliau tidak tahu menahu ada gambar atau video seorang Ustaz memberi sumbangan dan Ustaz Abu hanya fokus pada fatwa.

Yusuf Azmi Hubungi Ustaz Ebit
Melihat ada pihak-pihak tertentu yang kurang senang dengan beberapa tindakan Ustaz Ebit. Yusuf Azmi telah menghubungi sahabat baiknya itu untuk bertanya khabar. Menurut Yusoff Azmi, dia memuji sikap baik Ustaz Ebit yang sentiasa memaafkan semua orang

Alhamdulillah saya baru lepas bertanya Khabar dengan Ustaz Ebit Lew . Beliau dalam perjalanan ke Pulau Pinang.”

Seperti yang kita tahu ada beberapa perkara yang sedang berlaku keatas beliau, dengan hati yang baik beliau sentiasa memaafkan. Beliau juga meminta orang ramai mendoakan perkara baik-baik kepada mereka yang mengecam usaha-usaha beliau.

Allah sayang… jangan kita mudah berputus asa.

Status Yusuf Azmi menghubungi Ustaz Ebit ini mendapat 28 ribu tanda suka, 875 komen dan 1.1 ribu perkongsian. Rata-rata netizan kagum dengan persahabatan kedua-dua tokoh masyarakat ini. Sebelum ini, Ustaz Ebit pernah memberi sokongan kepada Yusuf Azmi ketika beliau di tangkap polis.

Pu Amin Masuk Komen
Menjenguk diruangan komen, rata-rata netizan tidak mengira bangsa dan agama tampil memberi sokongan ynag tidak berbelah bagi kepada Ustaz Ebit Lew. Pu Amin juga telah meninggalkan komen di status Yusf Azmi dan merindui sahabat baik nya itu.

Ketua skuad Badar bersuara
Ketua badan bertindak Islam yang dikenali sebagai Skuad Badar, Azhar Mohamad memuat naik satu status meng3cam Ustaz-ustaz yang tidak senang dengan cara yang di tonjokan oleh Ustaz Ebit. Azhar juga memberi no telefon beliau untuk dihubungi jika masih ada lagi mereka yang tidak berpuas hati.Menurut Azhar lagi, dai mengesa supaya tiada pihak yang cuba menganggu kerja-kerja amal yang dilakukan oleh Ustaz Ebit. Rakan-rakan NGO Islam sangat menghargai titik peluh dan usaha murni Ustaz Ebit. Akhir sekali, Azhar meningglakan pesanan ini kepada Ustaz yang sak1t hati dengan Ustaz Ebit.

PERHATIAN:

Kepada Ustaz2 yang tidak puas hati dan tidak senang dengan cara Ustaz Ebit Liew, mai tel saya dan saya bagi 2 Nombor 013-5193630 dan 01111892630 kedua-duanya adalah nombor saya, jangan dok ganggu semangat Ustaz Ebit Liew buat kerja membantu warga, sebab saya dan rakan-rakan NGO Islam hargai titik peluh Ustaz Ebit Liew dan semangat kami bersatu dalam perjuangan DEMI WARGA.Akhir kalam nasihat saya kepada Ustaz Ustaz yang tidak senang dengan cara Ustaz Ebit Liew….”janganlah mengundang mazmumah untuk tinggal dalam hati kamu, takut-takut ianya akan bersahabat dengan Hubbun Dunia dan sukar untuk dihakis dan membuatkan kamu mat1i dalam lakonan”, fahamilah kata-kata saya ini.

Dalam kehidupan sehari hari sering kita mendengar kata “Ikhlas”, seperti, niat yang ikhlas, saya sudah ikhlas, ikhlaskan saja, dll. Secara bahasa, ikhlas ertinya bersih dari sesuatu yang tidak baik. Dalam hubungannya dengan agama Islam, ikhlas bererti beribadah murni kerana Allah, menyembah Nya dan tidak menyekutukan Nya dengan apapun, hanya mengharap ridha Nya saja.

KreditSumber: VanillaDaily

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*