Watak Sajan Hassan Yang Dilakonkan Oleh P. Ramlee Rupanya Berdasarkan Kisah Benar.

UMUM mun gkin mengetahui filem Sarjan Hassan lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang mengisahkan anggota Askar Melayu berjuang menentang penjajah Jepun di Tanah Melayu.

Ba gaimanapun, tidak ramai yang tahu berlaku satu peristiwa tragis seterusnya menjadi dendam yang mendorong Sarjan Hassan menyertai Askar Melayu ketika itu atau sebenarnya, Sarjan Hassan menyertai Askar Melayu untuk menentang komunis ketika darurat.

Cucu pahlawan negara itu, Mohd Ariffin Abd Karim, 37, berkata, Allahyarham datuknya itu hanyalah orang kampung biasa yang melakukan kerja kampung tetapi pada masa yang sama turut menentang komunis secara senyap.

“Ba gaimanapun, apabila pihak ko munis tahu men genainya, mereka mencari keluarga arwah dan membunuh isterinya yang sarat mengandung, ibu mentua dan anak saudara seterusnya rumah mereka turut dibakar.

“Arwah datuk begitu m arah dan beliau tahu sukar untuk membalas dendam sendirian. Justeru, beliau menyertai Askar Melayu untuk sama-sama berjuang membebaskan tanah air daripada ancaman komunis,” katanya ketika ditemui di Shah Alam.

Pa da masa sama, Mohd Ariffin berkata, hanya sebahagian sahaja kisah perjuangan datuknya yang dipaparkan dalam filem Sarjan Hassan.

“Mi salnya, watak penjual sayur (apek) dalam filem berkenaan menjadi penghubung (membantu menghantar surat) antara Sarjan Hassan dan keluarganya.

“Dalam kisah sebenar yang diceritakan kepada saya, penjual sayur itu memang wujud tetapi dia adalah tali barut komunis yang memberi maklumat mengenai datuk dan keluarganya,” katanya.

Je lasnya lagi, adegan lain yang mempamerkan kisah se benar Sarjan Hassan adalah kesulitan yang dialami apabila mahu berjumpa keluarganya kerana rumah dikawal ketat.

Ka tanya, adegan bapa Sarjan Hassan dipukul dan ditahan komunis juga adalah kisah sebenar.

Mohd Ariffin berkata, beliau amat berbangga menjadi cucu kepada pahlawan negara dan berharap agar rakyat ne gara ini bersyukur dengan keamanan yang dikecapi pada hari ini.

“Kita tidak hidup pada zaman mereka yang terpaksa meninggalkan keluarga serta mengorbankan nyawa untuk berjuang membebaskan negara dari penjajahan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Ariffin berkata, beliau merancang untuk membina sebuah bangunan rumah kedai dan menamakannya sempena nama arwah datuknya sebagai tanda ingatan terhadap Hassan.

“Ibu saya (anak ketiga Sarjan Hassan) menyerahkan urusan tanah pusaka milik arwah datuk yang terletak di Kampung Rasah, Seremban kepada saya. Daripada dibiarkan kosong, lebih baik saya bina sesuatu sebagai tanda ingatan terhadap arwah.

“Insya-Allah, saya akan mulakan proses pembinaan pada tahun hadapan,” katanya.

Mengikut fakta sejarah, Hassan Othman dilahirkan pada 15 Februari 1927 di Kampung Pantai, Seremban, Negeri Sembilan.

Pada usia 17 tahun, beliau berkahwin dengan gadis sekampung dengannya, Siti Zabedah Ali. Bagaimanapun, kegembiraan beliau bersama isterinya tidak berpanjangan apabila keluarganya dibunuh komunis.

Hassan kemudian berkahwin dengan gadis berasal dari Kampung Rasah, Seremban, Aishah Bujang pada 1951 dan pasangan itu dikurniakan 12 orang cahaya mata, enam lelaki dan enam perempuan serta 24 cucu.

Hassan me namatkan perkhidmatan sebagai Penolong Ketua Kompeni di Kompeni Lima Melayu pada 1967 selepas berkhidmat selama 21 tahun dengan menyandang pangkat terakhir sebagai kapten.

Beliau meninggal dunia akibat sakit jantung pada 1991 ketika berusia 63 tahun.

Ini Pula Sinopsis Cerita Sarjan Hassan

Babak di kampung
Mengisahkan Hassan (P. Ramlee) berumur 10 tahun berasal dari Jasin, Melaka yang menjadi anak yatim piatu setelah ayahnya meninggal dunia. Ibunya pula meninggal dunia sewaktu dia masih kecil. Majikan arwah ayahnya, Pak Lebai (Daeng Idris) yang kasihan akan nasib Hassan telah menjadikan Hassan sebagai anak angkatnya. Bagaimanapun, anak kepada ayah angkat Hassan, Aziz (Jins Shamsudin) berasa cemburu akan Hassan dan membencinya. Apabila mereka sudah dewasa, Aziz, Buang (Salleh Kamil) dan rakan-rakan yang lain senantiasa membuli dan mengganggu Hassan.
Salmah (Saadiah) pu la telah jatuh cinta dengan Hassan. Tindakan Salmah ini mendatangkan kemarahan kepada Aziz. Apabila Perang Dunia II semakin dekat, Rejimen Askar Melayu mula mengambil rekrut di Port Dickson, Negeri Sembilan. Aziz menyertainya tetapi Hassan yang juga ingin menyertainya dihalang berbuat demikian oleh ayah angkatnya yang menyuruhnya supaya menjaga kebun.

Orang-orang ka mpung mula memanggil Hassan sebagai pengecut dan ini menyebabkan Hassan membuat keputusan untuk lari daripada rumah supaya dia dapat menyertai Askar Melayu. Hassan membuktikan dia mampu me njadi seorang askar yang bagus dan tidak lama kemudian dinaikkan pangkat menjadi Koperal dan seterusnya ke pangkat Sarjan.

Babak askar Jepun menjajah Tanah Melayu
Apabila askar Jepun menyerang Singapura dan Kota Bharu, Kelantan, Sarjan Hassan bersama-sama dengan platunnya berjaya mengawal laluan darat bagi mengekang kemaraan askar Jepun ke suluruh Tanah Melayu.

Hassan juga turut menyelamatkan Aziz yang tercedera dan mereka dijadikan tawanan perang kerana kesilapan taktikal yang dirancang oleh Aziz tanpa dipersetujui oleh Hassan yang bertindak sebagai ketua platunnya. Keadaan menjadi huru hara, sehingga menyebabkan Hassan juga mengalami kecederaan akibat dipukul oleh askar Jepun. Maka bermulalah episod Jepun menjajah keseluruhan Tanah Melayu pada 15 Februari 1942.

Hassan ber sama platunnya telah ditahan, Hassan mula merancang untuk melarikan diri sebagai tahanan perang te tapi beliau telah mengalami kecederaan akibat terkena tembakan. Kedaan dirinya semakin lemah disamping itu beliau keseorangan di dalam hutan sebelum pengsan di tengah hutan. Mujurlah dia telah diselamatkan oleh kom peni askar Inggeris dari Singapura.

Ka li ini Hassan mendapat kawan baharu (lakonan H.M. Rohaizad dan tukang masak (S. Shamsuddin). Setelah pulih da ri kecederaan, Hassan meminta bantuan dari platun Singapura untuk menyelamatkan rakan-rakannya yang ditahan tempoh hari. Tetapi kebanyakkan rakan platunnya disahkan telah meninggal dunia termasuk Sarjan Pon (Zainol Bakar) dan Aziz. Hassan dan platun baharunya berjaya memusnahkan satu pusat perhubungan askar Jepun di Tanah Melayu. Kali ini Hassan sudah t iba di kampung halamannya, dia menggunakan Ah Leng (Leng Hussain) sebagai orang tengah untuk menghapuskan saki baki askar Jepun dan Kampeitai di Jasin, Melaka.

Dalam masa yang sama, Buang pula mengkhianati bangsanya sendiri dengan menjadi polis rahsia Jepun atau Kampeitai. Dia dilantik oleh ketua Kampeitai (lakonan Omar Rojik). Buang menggunakan kedudukannya untuk menangkap penduduk kampung yang menyimpan radio amatur dan menjadi tali barut askar Inggeris. Selain itu, dia juga memaksa Salmah mengahwininya selepas ayahnya ditangkap kerana memiliki radio amatur.

De ngan bantuan dari Ah Leng, surat dari Salmah diterima oleh Hassan. Hassan bersama platunnya berjaya memusnahkan lori tahanan Kampeitai dan me nyelamatkan ayah Salmah. Di atas arahan ketuanya, Buang mem berkas Salmah, Pak Lebai dan Minah untuk dijadikan tawanan ekoran saspek utamanya masih bebas. Di malam harinya, satu berita diterima mengatakan peperangan sudah berakhir dimana Jepun disahkan telah menyerah kalah pada perang dunia II. Tanpa membuang masa, keesokkan harinya Hassan dan platunnya menyerang dan menawan ku bu pertahanan Kampeitai di Jasin. Walaupun keadaan sudah menjadi aman semula, tetapi Buang berjaya melarikan diri. Mujurlah Hassan ber jaya bersemuka dengan Buang.

sumber gosipmakjemah

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*