[Video]‘LEPASKANLAH ANAKKU, TOLONGLAH. ITULAH SATU-SATUNYA ANAK AKU..’ – Rintihan Sayu Seorang Ayah Kepada Buaya

 

 

Sayu mendengar rintihan seorang bapa yang tidak dapat menahan kesedihan melihat anak lelakinya yang sudah mati dibaham buaya.

Rakaman video yang dirakam orang awam itu viral di media sosial dan telah dikongsi 1,238 kali dan ditonton 42,000+ pengguna Facebook.

Menurut laman yang memuat naik video berkenaan, kejadian itu dipercayai berlaku di Sabah, namun tidak dinyatakan bila kejadian itu berlaku.

Menurut seorang netizen bernama Abdul Hady Abu Bakar, kes berkenaan mungkin berkaitan dengan kehilangan seorang penyelia ladang yang dikhuatiri disambar buaya.

23 Oktober lalu, Berita Harian melaporkan seorang penyelia ladang dilaporkan hilang dipercayai disambar buaya ketika mencari ketam di Sungai Long Patau, FELDA Sahabat 26 pada jam 6 petang.

 

Mangsa, Muhammad Isnain Safri, 20-an telah diserang seekor buaya sebelum ditarik ke dalam sungai.

Anak saudara mangsa yang berada di tempat kejadian cuba mendapatkan pertolongan daripada pemancing lain yang berada tidak jauh dari tempat kejadian, sebelum menghubungi pihak bomba.

Credit – thereporter via himpunanmedia.com via bujanglapok2.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*