Terima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Secara Tunai

Menteri Kewangan : Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bahawa lebih kurang 400,000 orang akan menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) daripada kerajaan
secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional BSN diseluruh negara bagi membantu meringankan beban rakyat sewaktu penularan wabak Covid-19 ini.

Ini adalah kerana menurut sumber dan data terkumpul yang diterima semenjak pengumuman pemberian Bantuan Prihatin Nasional (BPN) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin, kebanyakan di antara pemohon-pemohon ada yang tidak ada akaun bank dan ada juga yang mempunyai akaun tetapi sudah tidak aktif. Bagi membolehkan mereka
mendapatkan bantuan tersebut sampai kepada mereka, kerajaan akan memberi Bantuan Prihatin Nasional tersebut secara tunai bagi mengelak daripada kesesakan di cawangan-
cawangan bank-bank untuk mereka membuka akaun semasa Perintah Kawalan Pergerakan sedang berjalan buat masa sekarang.

“Kami telah memaklumkan kepada mereka yang tidak mempunyai akaun bank yang mana mereka dibolehkan menerima wang mereka melalui cawangan-cawangan BSN secara tunai,”
kata nya pada pihak media, diPutrajaya, pada hari ini.

Kementerian terbabit memberi kenyataan semalam, penerima-penerima bantuan tersebut boleh menerima bayaran secara tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional(BSN)
bermula pada 17 April 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Dalam pada masa yang sama, “setakat ini dianggarkan 2.8juta permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah diterima dan diproses oleh pihak Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN), Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang meneliti rayuan-rayuan tersebut untuk dipertimbangkan dan akan membuat keputusan secepat yang
mungkin bagi membantu keluarga-keluarga yang terkesan akibat wabak Covid-19 ini” katanya lagi.

Anda juga boleh melayari laman web rasmi LHDN bagi mendapatkan makluman terkini berkenaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*