Takziah Dan Terima Kasih Kepada Keluarga Mereka Yang Meninggal Dalam Ujikaji Bagi Mencari Penawar Covid 19

Berbagai kajian dan ujikaji telah dijalankan diseluruh dunia bagi mecari penawar dan juga Vaksin bagi merawat pesakit virus Covid-19, ini adalah satu usaha murni bagi
seluruh umat manusia di bumi ini yang ternanti-nanti akan bilakah virus yang merbahaya ini dapat dihapuskan secara total bagi membolehkan kita semua menjalani
kehidupan seperti sedia kala. Salah satu usaha murni tersebut telah dijalankan oleh saintis di Brazil (Brasilia).

Akan tetapi kajian saintis-saintis tersebut buntu dan terhenti apabila ujikaji ke atas pesakit Covid-19 dengan menggunakan salah satu ubat virus iaitu ubat antimalaria
bagi merawat pesakit telah memberi keputusan yang negatif apabila pesakit Covid-19 menunjuk hasil mengalami komplikasi yang memberi masalah kepada jantung pengguna
ubat antimalaria tersebut.

Kajian saintis tersebut mendapati kadar denyutan jantung 1/4 daripada mereka yang telah diuji menghadapi masalah apabila diberi 2 dose yang lebih tinggi dalam rawatan
ke atas pesakit Covid-19 tersebut dan ini adalah bukanlah keputusan yang positif bagi merawat. Saintis mendapati degupan jantung pesakit yang mengambil ubat
antimalaria tersebut tidak sekata selepas mengambil dose yang tinggi selepas tiga hari.Pada hari ke-6, 11 pesakit Covid-19 yang mengambil ubat antimalaria tersebut
meninggal dunia.

Menurut dalam satu laporan penerbitan perubatan dalam talian, Chloroquine dan dan satu lagi sejenis penawar yang serupa hydroxychloroquine pernah di syorkan oleh
Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump selepas menjalani beberapa ujian awal yang memberi keputusan bahawa ianya dapat mem bendung Covid-19 daripada memasuki
kedalam sel-sel. Namun itu, penawar berkenaan telah sebelum ini diketahui mempunyai kesan-kesan sampingan yang agak serius iaitu masalah kadar degupan jantung yang
akan mengakibatkan kematian secara mengejut.

Ujikaji yang dijalankan di Brazil itu mendapati hanya lapan puluh satu (81) diantara empat ratus empat puluh (440) penghidap COVID-19 yang telah diuji dengan dua dos
chloroquine dapat di rawat dengan cara tersebut. Saintis telah menghentikan prosedur itu serta merta setelah mendapati 1/4 daripada pesakit Covid-19 yang menggunakan
600 mg ubat berkenaan secara 2 kali sehari selama sepuluh (10) hari mengalami masalah kadar degupan jantung. Mereka juga mendapati lebih banyak kematian yang terjadi
dalam kumpulan pesakit Covid-19 tersebut.

Semoga pesakit-pesakit yang telah meninggal dunia tersebut dapat memberi sedikit sebanyak bantuan kepada saintis-saintis dan penyelidikan dalam pencarian ubat dan
penawar Covid-19 ini. Terima kasih.. terima kasih.. dan terima kasih kepada mereka dan Salam Takziah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*