Suami Pasang CCTV Untuk Cari Punca Lalu Luluh Hati Suami Apabila Semuanya Terbongkar.

Ce ritanya bermula apabila saya berkahwin dengan isteri sejak 6 tahun yang lalu. Dia merupakan wanita pilihan ayah saya. Isteri saya tidak pernah bersekolah sejak kecil. Ayahnya orang Cina (driver lori balak) dan ibunya pula Orang Asli. Mertua tidak berkahwin.Isteri saya didera oleh neneknya sejak dari kecil. Kemudian dijaga dan dibesarkan serta bekerja di gerai makan milik bapa saudara sebelah ibunya yang sudah berkahwin dan beragama Islam, tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam yang sepenuhnya.

Pada mulanya ayah saya ber kenan pada isteri sewaktu dia menyertai lawatan ke penempatan Orang Asli. Dia mahu gadis itu dijodohkan dengan saya, jelasnya mahu menambah umat Nabi Muhammad dan kasihan melihat bakal isteri bekerja seperti kuli dalam keadaan yang tidak terurus. Ketika itu, isteri belum mencapai usia 20 tahun. Ayah ingin bebaskan dia dari kehidupan yang daif. Tambahan pula ketika itu saya baru saja putus pertunangan yang dimeterai hampir tiga tahun.

Di-sebabkan kerana hati yang lara, saya terima saja memandangkan bakal isteri cantik, campuran Cina dengan Orang Asli. Cuma dia tidak tahu membaca, apatah lagi menulis, tidak tahu tentang dunia, media sosial apa semua pun tak pernah tahu.Isteri saya tiada agama, tiada didikan agama sehinggalah dia berkahwin dengan saya, dengan nama indah yang saya sendiri pilih.

Namun itu bu-kanlah isunya. Has-rat ayah disambut baik oleh ibu dan ibu setuju serta memberi harapan agar perkahwinan dipercepatkan. Ibu meminta saya dan isteri tinggal bersama beliau agar ibu dapat dekatkan isteri dengan agama. Lagipun ibu sunyi di rumah dengan ayah yang bergilir ke rumah isteri lain dan juga kerap out station. Adik pula masih belajar di IPT.

Pada usia perkahwinan baru setahun jagung, kami ke luarga yang bahagia. Ibu mengajar isteri solat/mengaji dan saya me ngajarnya menulis dan membaca.walaupun kadang-kadang terasa jerih kerana dia sangat sukar untuk memahami apa yang diajar. Lidah yang tidak pernah membaca, masakan mudah untuk mengaji dan solat. Walaupun bacaannya tidak lancar, saya selalu menjadi imam buatnya di waktu malam. Lebih banyak dia mengikut saja pergerakan saya dari membaca bacaannya sendiri.

Boleh dikatakan makan tahun untuk mengajar isteri, namun dia akhirnya mampu solat dan mengaji sendiri walau sewaktu dia mengaji saya selalu ketawa sendiri kerana cara bacaannya seperti kanak-kanak. Sesungguhnya Allah sentiasa menduga hamba-hambaNya. Setiap suka, tentu ada dukanya.

12 Jan 2017 yang lalu, saya ternampak kesan berbirat di kaki kanan isteri lalu saya tanya apa terjadi. Jawabnya, dia terlanggar bucu katil.

17 Jan 2017, terdapat kesan lebam besar di lengan sebelah kanan. Saya menjadi semakin pelik tetapi bila ditanya, isteri kata dia terlanggar meja pula.

Oleh ke rana saya berasa semakin pelik, isteri semakin pendiam dan tidak banyak berbual. Dia lebih banyak menyendiri di dalam bilik walaupun sewaktu saya ada di rumah. Sesekali dia duduk berkumpul bersama. Sebaik menyiapkan kerja rumah, dia kemudian masuk ke bilik tidur. Saya mati punca, tidak tahu kenapa. Tetapi bila ditanya, jawabnya tiada apa-apa. Saya sangat buntu pada minggu itu. Bila tanya ibu, ibu cakap tiada apa-apa.

Kemdia saya berdoa kepada Allah, ssungguhnya tunjukkanlah saya jalan apa yang perlu saya buat.

24 Jan 2017, isteri ada kesan lebam di dua tiga tempat belakang badannya. Puas saya memikirkan cara untuk mengetahui kenapa isteri jadi begitu, saya berkongsi cerita dengan kawan baik.

Jawabnya, “Camera will never lied to you”. Oleh keana dia seorang cyclist, dia pinjamkan saya goPro miliknya untuk digunakan di rumah. “Letakkan di tempat paling tinggi, keseluruhan ruang boleh nampak. Rekod hanya mampu selama 15 minit untuk setiap video tetapi jumlah rakaman selama 12 jam,” jelasnya.

Pada pukul 6 pagi subuh keesokan harinya, saya letak GoPro senyap-senyap di atas kabinet pinggan hiasan ibu. Boleh dikatakan nampak seluruh ruang tamu dan sedikit ruang dapur, dengan harapan Allah tunjukkanlah saya bukti.

25 Jan 2017, saya bawa GoPro itu ke pejabat. Masa itu bateri sudah habis, maka saya perlu transfer data rakaman ke laptop untuk melihat rakaman video yang telah dirakam. Saya tak sabar menunggu waktu rehat, agar saya boleh melihat dengan tenang. Sebelum saya membuka rakaman, saya memohon kepada Allah tunjukkanlah saya jalan yang terbaik.

Kemudian saya mainkan satu rakaman dmi satu. Kelihatan ibu keluar mengajar kelas Al-Quran jam 8 pagi untuk ke madrasah. Sejurus selepas itu kelihatan isteri saya keluar dari bilik untuk mengemas rumah, memasak di dapur untuk seketika. Tiada apa yang pelik terjadi.

Bagaimanapun jam 11.25 pagi, semasa ibu pulang dari mengajar, isteri yang sdang menyapu di ruang tamu tidak semena-mena sewaktu ibu melintasi isteri di ruang tamu, ibu tarik rambut isteri dari belakang lalu dihumban kepala isteri ke lantai. Saya tergamam! Betulkah apa yang saya lihat ini? Saya ulang sekali lagi, ulang dan ulang. Sewaktu saya melihat video itu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya.

Sangat jelas dalam rakaman tersebut, isteri saya sakit dan ketakutan membetulkan rambutnya. Ibu datang semula dengan cepat dan ambil pe-nyapu yang jatuh lalu dilibas belakang badan isteri. Tangan dihayun selaju-lajunya. Isteri saya menahan penyapu dari terus memukul badannya. Namun ibu libas lagi sebelum hempas penyapu ke badan isteri.

Sewaktu saya menulis ini, saya masih lagi tidak mampu mengawal perasaan, menangis dalam hati saya mengingatkan apa yang isteri saya lalui. Saya tidak mampu menonton rakaman yang lain, lalu laptop itu saya tutup. Saya menangis di meja semahu-mahunya sambil mengenangkan isteri.

Saya akui me-mang isteri saya tidak pandai dalam serbia-serbi, tidak reti membaca, menulis dan bercakap pun masih tergagap-gagap. Dia juga takut berhadapan dengan orang yang tidak dikenali, tidak pernah mahu mengikut ke majlis keramaian kerana malu diperhatikan.

Sebelum ini saya berkahwin dan membawa dia tinggal bersama dengan ibu dengan harapan dapat merubah dia dari kehidupannya sebelum ini. Dia juga pernah didera nenek dan bapa saudaranya, dicabul sepupu dan tiada siapa yang membela nasibnya sejak dari kecil lagi. Sehinggalah dia berkahwin dengan saya.

Dengan penuh bangga saya mendabik dada kononnya saya telah menjadi penyelamat kepada isteri dari kehidupan yang malang. Namun hakikatnya tanpa saya tahu, tiada bezanya kini dengan kehidupan yang lama dan yang lebih menyakitkan ialah orang yang paling saya sanjung sejak dari kecil, yang paling saya sayang, yang saya dahulukan dalam semua hal telah melukakan hati saya serta isteri yang saya sangat cintai.

Lalu saya kemaskan barang-barang di office dan beritahu kawan-kawan yang saya ada masalah kecemasan dan terpaksa pulang ke rumah. Saya ambil halfday. Sepanjang perjalanan pulang, saya menangis. Pelbagai persoalan bermain di fikiran saya, “Kenapa, kenapa ibu buat begitu pada isteri saya? Apa dosa isteri saya?”

Sejurus tiba di pintu rumah, saya nampak isteri sedang menjemur baju. Ibu tiada kerana kelas mengajar ibu selepas Zohor. Sewaktu masih di dalam kereta, saya menangis dan isteri melambai-lambai dan tersenyum pada saya. Waktu itu saya melihat isteri, saya melihatnya dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang yang tidak pernah saya rasai pada sesama manusia selama saya hidup. Betapa tulus dan baiknyamu wahai isteriku.

Sesungguhnya tidak per nah walau sekali pun dia menceritakan apa yang ibu lakukan pada dia. Apatah lagi nak memburuk-burukkan ibu saya. Siapa tahu, kan? Bila kita akan jatuh cinta lagi, jatuh cinta yang paling mendalam dalam hati dan itulah yang saya rasakan. Sewaku kaya keluar dari kereta, isteri mendekati saya dan hulurkan tangan untuk disalam. Saya terus memeluknya dengan erat kemudian menangis.

“ Kenapa ni abang?” soalnya. “ Kemas kain baju cepat, bawa yang mana perlu bawa sahaja. Penuhkan satu beg, cukup kelengkapan kita berdua untuk seminggu. Jangan tanya apa-apa,” kata saya padanya. Waktu itu hati saya sudah tidak mampu untuk bertahan, bimbang tidak dapat mengawal emosi. Sesungguhnya Allah telah memberiku amanah untuk dijaga dan amanah ini akan saya jaga selagi mana hayat saya masih ada.

Semasa dalam per jalanan pulang dari office, saya telah merancang untuk membawa isteri tinggal di hotel sementara saya mencari rumah sewa. Saya mendaftar masuk ke bilik hotel yang selesa untuk isteri supaya saya tidak perlu risau akan keselamatan dia.

Kemudian saya mesej ibu dan beritahu saya bawa isteri pulang ke kampung pakciknya untuk seminggu. Masa ibu tanya kenapa, saya langsung tidak membalas mesej ibu. Ayah tidak tahu tentang perkara ini kerana ayah selalu berjauhan. Ibu saya seorang yang disanjung masyarakat kerana mengajar mengaji di madrasah, mengajar kitab fiqah di kampung-kampung sebelum, seorang yang berpengetahuan tinggi dalam agama, cantik berpakaian dan kemas sentiasa.

Ibu juga men jadi contoh buat ibu-ibu yang lain. Be-liau seorang yang saya sanjungi semasa kecil hingga dewasa dan juga bercita-cita mencari seorang isteri yang mempunyai akhlak dan ilmu seperti ibu. Namun Allah temukan dan jodohkan saya seorang isteri yang serba kekurangan, tidak berharta, tidak berilmu dunia apatah lagi akhirat. Salasiah keturunan yang celaru, tidak pandai bersiap, tidak pandai mencantikan diri, tiada apa-apa yang dapat bandingkan isteri dengan ibu.

Sesungguhnya Allah itu maha kuasa. Saya temui cinta ikhlas, kebaikan dan ketenangan dalam hambamu yang paling serba kekurangan. Dia isteri yang paling saya cintai. Sekarang saya sudah menyewa sebuah rumah yang selesa buat kami berdua walaupun kecil. Namun apa yang paling penting, isteri saya teramat gembira.

Kegembiraannya jelas terpancaar, dan setiap kali melihat wajah isteri, perasaan kasih itu tersentuh sampai ke dalam hati perasaan rindu itu lebih kuat dari sebelum ini. Untuk pengetahuan semua sehingga ke hari ini, isteri tidak pernah memberitahu saya tentang yang berlaku di antara ibu dan dia. Setiap hujung minggu sewaktu cuti bekerja, saya bawa isteri pulang ke rumah ibu tetapi tidak pernah walau sekali saya biarkan ibu dan isteri berdua-duaan. Tidak pernah dan tidak akan berlaku lagi.

Suatu hari ibu bertanya“ Kenapa pindah?”. Senang nak berulang alik dari office ke rumah, jawab saya.

Dalam pada itu, ibu dan ayah tidak tahu di mana tempat tinggal saya. Saya sayangkan ibu tetapi saya sayangkan isteri saya lebih lagi. Sememangnya dia tidak punya sesiapa di dunia ini. Hanya sayalah yang dia ada, hanya saya yang menjaganya. Dia tidak mungkin membaca luahan saya kerana dia tidak mempunyai akaun media sosial. Dia tak mungkin membaca luahan saya kerana dia tidak mempunyai akaun Facebook dan tidak pandai membaca mesej shortform.

Sewaktu saya menaip ini pun, dia ralit de-ngan buku Harry Potter versi Melayu yang saya hadiahkan untuknya. Sudah berminggu-minggu, belum habis satu buku. Bacalah wahai isteriku, sesungguhnya walau apa yang kami lakukan di dalam dunia ini, ada seorang yang sangat kasih padamu, yang hatinya tidak mungkin tidak mungkin berbelah walau sedikit untukmu.

Mengapa saya yang perlu berlebih-lebih nak marah ibu? Saya juga tidak tahu mengapa isteri saya tidak menceritakan apa yang berlaku, sejak bila diperlakukan oleh ibu. Saya takkan mampu untuk bertanya, risau akan mengeruhkan keadaan yang seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tetapi pada detak hati saya, setelah sekian lama mengenali isteri, saya dapat rasakan isteri takut akan kehilangan saya.

Hingga saat ini dia tidak berkongsi cerita pada sesiapa kerana dia tidak mempunyai kawan atau saudara yang lain. Dia tidak ceritakan pada saya kerana bimbang saya tidak percayakan dia lalu dia memilih untuk berdiam diri. Namun Allah itu sentiasa ada untuk hambaNya yang teraniaya. Sekiranya , jika isteri saya ceritakan apa yang berlaku, tentunya saya tidak akan percaya.

Sudah ditakdirkan saya diberi pe-tunjuk untuk menonton video kejadian itu sendiri. Kerana itu Allah telah mengaturkan jalan paling terbaik untuk saya dan isteri. Buat para suami di luar sana, dengarlah apa yang isteri kamu rasa, apa yang dia lalui jika bersama ibumu. Sesungguhnya layanan ibumu tidak akan sama di hadapan mahupun di belakangmu. Mohonlah pada Allah apa yang terbaik. Saya telah meletakkan hati saya supaya sentiasa redha dengan percaturan yang Allah telah tulis buat saya.

Doa saya mudah-mudahan hati ini sentiasa kekal redha dengan setiap apa yang berlaku.

Akhir se-kali pesanan buat isteri, sekiranya awak baca luahan ini suatu hari nanti, abang mohon maaf kerana telah meletakkan awak pada keadaan dianiaya oleh ibu abang, membiarkan awak menderita untuk seketika. Namun awak perlu tahu, mungkin abang takkan selama-lamanya ada di sepanjang hayat awak. Tetapi abang akan sayangkan awak sepanjang hayat abang.

Video di bawah adalah sekadar hiasan semata-mata.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
sumber lubokviral & KakiHavoc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*