Status Yang Dimuat Naik Zizi Kirana Seperti Dia Putus Cinta Dengan Pemain Bola Sepak

PENYANYI Zizi Kirana terkejut apabila melihat mesej peribadi (DM) di laman sosialnya dipenuhi dengan pertanyaan mengenai status yang dimuat naik seakan-akan putus cinta.

Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 34, berkata dia terpaksa memadam status tersebut kerana tidak mahu pengikutnya salah faham.

Menurut Zizi, status tersebut ditujukan kepada pemain bola sepak, Aaron Ramsey yang tidak lagi bersama kelab Arsenal kerana menyertai Juventus.

“Saya muat naik status tersebut untuk Aaron Ramsey yang dah bertukar pasukan. Saya peminat dia dan dah lama menyokong Arsenal.

“Tak sangka pula status itu telah mengundang salah faham peminat. Terkejut juga tiba-tiba tengok DM ramai yang bertanya dan nak tahu saya putus cinta ke.

“Sebab tu, saya terpaksa padam status tersebut sebab tak nak ada salah faham. Nak putus cinta macam mana kalau kekasih pun tak ada,” katanya kepada mStar Online.

Zizi diminta mengulas beberapa status yang dimuat naik seakan-akan memberi gambaran hubungan cintanya yang terjalin selama 10 tahun sudah berakhir.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Nak Ke Tak Nak ini memberitahu dia menyokong kelab Arsenal disebabkan terlalu meminati Aaron Ramsey.

Pertukaran Aaron Ramsey itu menyebabkan Zizi berasa kecewa dan keliru mahu menyokong kelab yang sama atau baharu.

Zizi masih single.

“Memang patah hati Ramsey selepas ini dah tak ada dalam pasukan Arsenal. Sebab utama saya sokong pasukan itu disebabkan Ramsey.

“Sekarang saya dah keliru kalau saya sokong Ramsey kat Juventus mesti orang cakap saya curang dengan Arsenal,” ujarnya.

Zizi Kirana trauma untuk kahwin

Penyanyi Zizi Kirana trauma untuk kahwin selepas melihat rumah tangga adiknya berakhir dengan penceraian.

Beliau, 33 tahun, belum terbuka hati menerima pasangan walau pernah “bersemangat” sebelum ini, lapor Harian Metro.

“Selepas usia memasuki 30-an dan belum bertemu lelaki sesuai, saya jadi malas untuk fikir soal ini,” kata pemilik nama asal Nur Fazelah Mad Tahil.

“Dalam masa sama, timbul perasaan takut selepas melihat adik melalui dua kali perceraian. Ia membuatkan saya trauma. Jadi, saya cakap pada diri sendiri nanti dulu”.

Putus cinta pada 2012, penyanyi BolehJalan Zizi mengakui “susah nak percayakan lelaki” kerana “apa saja boleh terjadi” dalam perhubungan.

“Saya tidak mahu terlalu berharap. Insya-Allah, kalau ada jodoh tak ke mana,” kata bekas ahli kumpulan The Fabulous Cat.

SUMBER:MSTar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*