Siti Nurhaliza Ditegur Datuk K Setelah Menerima Komen Tidak Elok.

PENYANYI terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak teragak-agak menyekat pengikut biadab di laman Instagram (IG) yang melemparkan komen berbaur negatif.

Siti, 39, berkata, dia tidak mahu IG miliknya dicemari dengan aura negatif apatah lagi berunsur menghasut hingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan pengikut.

Kalau Negatif Siti Block Jer
“Saya okey saja kalau ada saranan ke arah kebaikan. Bagi saya, ia sesuatu yang bagus dan saya akan terima.

“Namun, kalau ada yang saja nak komen negatif, itu memang niat dia. Jadi, untuk komen sebegitu, lebih baik saya sekat. Saya tidak mahu ada aura negatif dalam IG saya.

“Kebiasaannya komen sebegini lebih kepada menghasut. Kalau sudah sekat, hati lebih tenang,” katanya kepada Harian Metro.

Video Penuh Di Akhir Artikel.

Siti Aafiyah kena komen negatif
Siti berkata demikian sebagai mengulas komen negatif diterimanya menerusi video anaknya, Siti Aafiyah yang berada di spa bayi, baru-baru ini.

Rata-rata komen diterima menganggap tindakan penyanyi lagu Segala Perasaan itu tidak sesuai dan boleh membahayakan anaknya itu.

Pada masa sama, Siti yang ditemui pada majlis pelancaran SimplySiti Gold Edition di Menara Kuala Lumpur, hari ini berkata, dia juga tidak menafikan mendapat komen negatif setiap kali memuat naik wajah anaknya, Siti Aafiyah.

“Apa juga dimuat naik, walaupun perkara baik tetap akan ada kritikan.”

Nasihat Dato K Kepada Tokti
“Disebabkan itu, suami menasihati agar tidak kerap memuat naik gambar anak di IG kerana sedar pasti ada yang mengata,” katanya.

SUMBER : HMETRO ONLINE

Ini bukan kali pertama Siti Nurhaliza dikecam dalam instagram. Sebelum ini juga pernah terjadi selepas beliau muat naik gambar beliau dengan Dato K di Instagram. Ini respond Siti Nurhaliza dulu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*