Setelah Dicabar, KJ Menghadap Sultan Johor

Setelah Dicabar, KJ Akhirnya Menghadap Sultan Johor & TMJ – SETELAH dicabar Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akhirnya datang menghadap baginda dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini.

KJ Akhirnya Menghadap Sultan Johor & TMJ

Foto pertemuan itu dirakam dan dikongsikan menerusi laman Facebook, Johor Southern Tigers, hari ini.

Setelah Dicabar, KJ Akhirnya Menghadap Sultan Johor & TMJ

“Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor perkenan pertemuan dengan Khairy. Hidup Johor Demi Johor,” kata petikan Facebook tersebut.

 

Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi dan isi pertemuan antara Sultan Ibrahim, Tunku Ismail dan Khairy itu.

Semalam, Sultan Ibrahim mencabar Khairy dan pasukan Sukan Sea yang diwakilinya bertanding polo bersama pasukan negeri itu.

Sultan Ibrahim berkata, pasukan yang bertanding untuk sukan polo di Temasya Sukan Sea 2017, ibarat hanya untuk mencukupkan syarat pertandingan dan datang dengan handicap rendah serta mudah dikalahkan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*