Sesuatu Yang Tidak Diduga Berlaku Ketika Lelaki Ini Mengeluarkan Duit Di ATM.

PETALING JAYA: Satu rakaman kamera keselamatan yang menunjukkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) mengeluarkan beratus-ratus keping duit kertas, tersebar dalam laman sosial.

Dalam rakaman selama 17 saat yang dimuatnaik dalam laman perkongsian video YouTube itu, seorang lelaki muda yang memakai topi dan berpakaian kasual terkejut melihat ATM berkenaan mengeluarkan kepingan duit yang banyak.

Kemudian dia melihat keadaan sekeliling sebelum membongkok dan mengaut duit terbabit yang dipercayai berjumlah RM10,000.

Lokasi dan tarikh sebenar kejadian tidak diketahui dan tidak dapat dipastikan sama ada lelaki berkenaan melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis atau bank.

Rata-rata pengguna laman sosial kurang percaya dengan rakaman video tersebut selain ada yang berharap kejadian berkenaan berlaku kepada mereka.

Sumber: Mstar

Hati-hati ‘Withdraw’ Duit Di ATM, Mungkin Data Korang Dicuri Dengan Taktik Licik Scammer Ini

Mengeluarkan wang tunai melalui mesin ATM memang dah dikira rutin kita untuk memeuhi keperluan harian sebab itulah cara paling selamat berbanding dengan simpan sejumlah wang yang banyak di rumah mahupun di dalam dompet. Ditambah pula pada zaman moden ini, semua transaksi dan pembayaran dilakukan menerusi atas talian.

Jadi, mesin ATM lah yang akan menjadi tempat utama semua pekerja untuk mendapatkan wang gaji mereka, walaupun ia selamat berbanding dengan cara lama, ada penjenayah yang cuba mengambil kesempatan menggunakan taktik licik yang mungkin pengguna tidak dapat lihat dengan mata kasar.

Disini kami akan dedahkan cara bagaimana penjenayah curi duit korang dengan hanya menggunakan mesin ATM tanpa perlu memeras ugut dan bagaimana nak elakkannya.

Kalau ikutkan agak mustahil untuk korang semak satu per satu bahagian mesin ATM tu, lebih-lebih lagi bila tengah beratur panjang kan? Tetapi tak bermakna bahawa tak ada cara untuk melindungi kad daripada penipu. Untuk mengurangkan risiko minimum, patuhi peraturan mudah berikut:

Tutup pad kekunci dengan tangan apabila korang menaip nombor PIN. Ini boleh menghalang kamera tersembunyi daripada merakamnya.
Gunakan ATM yang terkenal dan yang terletak di kawasan yang dilindungi dengan baik, seperti di dalam cawangan bank sendiri, kerana ini lebih sukar untuk penipu menjalankan operandi.

Elakkan ATM di jalanan, serta di kawasan yang kurang terang, kedai-kedai kecil, dan bahagian-bahagian mall yang terpencil.

Hadkan kawasan di mana korang harus menggunakan kad, dan gunakan kad berasingan semasa berada di luar negara.

Tetapkan had pengeluaran harian dan Hadkan transaksi dalam talian.

Kredit : Oh Gebang

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*