Sebaik Sahaja Bersetuju Sertai Gerak Khas Abby Abadi Dikenakan Huukuman

Jika anda masih ingat, Abby Abadi pernah popular dengan watak ikonik Inspektor Aleeza dalam drama kepolisan Gerak Khas suatu ketika dahulu.

Malah, Abby juga pernah mencipta fenomena menerusi wataknya bersama Datuk AC Mizal dalam Gerak Khas The Movie.

DEK penambahan berat badan yang dialaminya, pelakon siri Gerak Khas, Abby Abadi dikenakan hukuman sebaik bersetuju menyertai produksi drama berkenaan.

Baru memulakan penggambaran pada minggu lalu, watak anggota polis lakonan terdahulu bernama Aleeza masih kekal, malah dinaikkan pangkat selaku pegawai atasan menyandang gelaran Deputi Superintenden.

Muatan akaun Instagram milik Abby mendedahkan, dia bagai dihukum pihak produksi yang bertindak menghadkan pergerakkannya untuk aksi lakonan dalam pejabat sahaja.

“Mereka bertegas, selagi belum memperoleh berat ideal, jangan berangan hendak mulakan babak luar dari pejabat.

Abby Abadi menyifatkan watak Aleeza Gerak Khas edisi 2019 sebagai pegawai polis buntal

“Nak tak nak, saya kena turunkan berat badan untuk pastikan proses penggambaran lancar didorong rasa teruja mahu menjayakan adegan lasak di lapangan.

“Saya rindukan babak sepasukan anggota membanteras jenayah termasuk aksi berkejaran antara polis dan penjenayah,” akui aktres itu.

Abby menambah, tempoh selama sebulan ditetapkan demi memastikan dia mampu menyempurnakan misi pihak produksi dan merealisasikan hasrat peribadi untuk tampil lebih langsing.

Norman Hakim teruja Abby Abadi ‘pulang’ ke sisinya

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Norman Hakim amat teruja menyambut kepulangan bekas isterinya, Abby Abadi menerusi ucapan yang dizahirkan menerusi media sosialnya.

Memetik kata-kata dimuat naik Norman di Instagramnya, dia mengucapkan tahniah kepada Abby yang juga pernah menjadi anggota kumpulan Elite itu.

“Selamat kembali bertugas di Unit Gerak Khas 2019,” sambungnya lagi dalam nada mengusik.

Jika anda masih ingat, Abby Abadi pernah popular dengan watak ikonik Inspektor Aleeza dalam drama kepolisan Gerak Khas suatu ketika dahulu.

Malah, Abby juga pernah mencipta fenomena menerusi wataknya bersama Datuk AC Mizal dalam Gerak Khas The Movie.

Terbaharu, Norman berseloroh menerusi entri di Instagramnya mengajak Abby untuk kembali berlakon dalam drama yang bakal memulakan penggambaran musim terbaharu tidak lama lagi.

“Datuk Yusof Haslam suruh stand by, lagi sebulan nak start shooting Gerak Khas musim baru.

“Dan yang kedua dia minta pesan pada Abby Abadi stand by juga untuk diserap masuk semula dalam Gerak Khas.

“Itu ini begitu begini last sekali saya call Abby minta Datuk Yusof Haslam cakap sendiri dengan puan punya badan.

“So now decision is yours Abby,” tulis Norman yang terkenal dengan watak Inspektor Haris sejak musim keempat Gerak Khas.

Artikel dari: MHE TV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*