Rezeki Abam Bocik Dapat Pegang Watak Utama Setelah Sekian Lama

‘Menakutkan’ sungguh posting terbaru Abam Bocik apabila memperlihatkan dirinya yang disolek seperti hantu.

Ulas Abam, walaupun tiada rupa, namun sudah rezekinya dapat memegang watak utama.

Alhamdulillah walaupon rupa xde…. Tp dpt jgk jd hero… Hehehehehehehhe cantik tak kitaaa…???

Tambahnya lagi, individu yang biasa-biasa ini akan rela diri disolek sebegini jika dibandingkan dengan mereka yang punya rupa.

Rasa2 klu ujibakat dapat x?? Xkn org cantek dgn org kacak nk makeup cmni?? Mesti ade org stand in kan…. Yg xde rupa ni lah yg dipanggil utk jd cermin org kacak dan cantek tu kn…. Huhuhu mulut kecik tp ckp bisa.”

Namun kata-kata netizen cukup menggelikan hati, kata mereka, ini bukan solekan hantu, sebaliknya pelawak ini kelihatan seperti panda.

Malah ada yang memuji menyifatkan pelawak ini punya bakat yang cukup menonjol, dan bukan rupa yang netizen cari.

PELAWAK terkenal, Abam Bocey mendedahkan bahawa berat badannya sudah mulai turun dan dia akan terus berdiet untuk mencapai sasarannya.

“Berat badan saya sebelum ini adalah 188 kilogram, sekarang sudah turun sehingga 163 kilogram.
“Musim perayaan memang agak mencabar, kebiasaannya kita akan makan macam-macam jenis makanan,” katanya.

Abam ditemui di majlis rumah terbuka dan pelancaran filem Jodoh Syaitan bertempat di Lake Park Residence, Batu Caves semalam.
Tambah Abam, dia akan terus fokus meneruskan diet sehingga hujung tahun.
“Saya akan terus berdiet selepas musim perayaan ini dan merancang untuk hilang 88 kilogram sehingga hujung tahun ini,” katanya.

Abam bakal membintangi filem Jodoh Syaitan arahan Ismail Bob Hashim bersama Aprena Manrose dan Soffi Jikan.
Filem tersebut turut menampilkan lakonan hebat Wan Hanafi Su, Fauziah Nawi, Jay Iswazir dan ramai lagi.

Pelawak terkenal, Abam Bocey berkongsi foto throwback keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehnya 13 tahun lalu.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

“Tengok SPM korang berapa, saya takdalah pandai sangat akademik ni, tapi praktikal untuk hidup ada lah,” tulisnya sebagai kapsyen.

Berdasarkan foto tersebut, Abam telah mengambil lapan mata pelajaran iatu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Pengurusan Makanan, Fizik dan Kimia.

 

Kredit:MediaHiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*