Respon Dr Amalina Kepada Datin Shahidah Selepas Di Dakwa Kondem Produk Aliff Syukri

PETALING JAYA: Doktor popular, Dr Nur Amalina Che Bakri tampil memberi penjelasan mengenai kenyataannya berhubung khasiat herba yang digunakan dalam produk kesihatan di negara ini.

Beliau terpanggil berbuat demikian selepas kurang senang dengan kenyataan isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang mendakwa beliau memperlekehkan khasiat herba produk keluaran syarikatnya.

“Salam puan, ada orang tagged saya di sini. Jadi saya terpanggil untuk membuat kenyataan. Saya tidak pernah pun menyebut produk puan atau suami puan.

“Kalau puan yakin produk puan baik, baguslah. Berani kerana benar, takut kerana salah,” kata Dr Amalina.

Terdahulu, Nur Shahida dalam satu komen balas kepada netizen di Instagram miliknya seolah-olah mengecam Dr Amalina yang lantang bersuara mengenai lambakan produk berasaskan herba di pasaran ketika ini.

“@putehsyawal ya dia berjaya sebab dia bijak tapi tak bermakna sebab dia bijak dia boleh condemn orang, setiap orang Allah bagi kelebihan berbeza-beza kan… apapun dengan herba-herba nenek moyang kita berapa ramai orang yang dah sembuh dengan asbab niat kerana Allah,” kata Nur Shahida.

Menurut Dr Amalina, beliau terpanggil untuk memberi nasihat perubatan kepada orang ramai berdasarkan kapasitinya sebagai seorang doktor.

Posting Dr Amalina menjadi tular di Twitter.

“Itu tanggungjawab saya sebagai seorang doktor untuk memberi maklumat sebenar.

“Saya mengatakan fakta benar berdasarkan kajian yang dijalankan bertahun-tahun,” katanya.

Jelas Dr Amalina, beliau juga tidak pernah mengecam produk keluaran syarikat usahawan kosmetik itu.

“Saya tak pernah condemn produk puan. Saya cuma mahu rakyat Malaysia berhati-hati dan mendapat nasihat doktor dulu sebelum membeli apa-apa produk,” katanya.

Menurutnya, lambakan produk di pasaran walaupun dikatakan ada mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merosakkan organ dalaman.

“@rafidah72, pakar sakit pinggang adalah antara specialist yang mengendali ramai pesakit sebegini,” katanya.

Tegas Dr Amalina, beliau hanya mahu melihat rakyat Malaysia menjadi masyarakat yang sihat.

“Itu sahaja permintaan kami kerana kami para doktor yang merawat pesakit-pesakit ini.

“Saya doakan yang baik-baik sahaja dan semoga dimurahkan rezeki. Selamat menjalani ibadah umrah. Terima kasih,” katanya.

Dr Amalina memuatnaik penjelasannya di Twitter. – foto IG Dr Amalina Bakri.

Nur Shahida sedang menunaikan ibadah umrah ketika ini bersama dengan anak bongsunya, Yusoff Al- Qardawi .

Dr Amalina memuat naik posting paparan skrin komen Nur Shahida berserta dengan penjelasannya di Twitter, awal pagi Ahad.

Posting tersebut diulang kicau lebih 10,000 kali dan mendapat lebih 8,000 tanda suka.

Beberapa doktor lain turut tampil mempertahankan kenyataan Dr Amalina.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin berkata mereka selaku pengamal perubatan moden tidak pernah merendah-rendahkan khasiat herba.

“Yang kami minta, produk hasil herba itu dibuat kajian yang lengkap untuk mengetahui keberkesanan dan keselamatan produk. Kami tak kata herba tak bagus, kami kata habiskan kajian tu dulu,” katanya.

Antara sebahagian komen pelayar di Twitter yang menyokong Dr Amalina.

Seorang pesakit diabetes turut bersetuju dengan pendapat Dr Amalina.

Jamal Arif Rosman berkata:”Sebagai pesakit dialisis tahap akhir… aku sangat setuju dengan @DrAmalinaBakri walaupun aku sakit bukan sebab produk-produk ini… tapi kebanyakan pesakit yang dialisis di Malaysia berpunca dengan obses makan produk-produk herba ni. Jadi kalau tanya aku… aku suruh korang stop je ambil semua benda ni,” katanya.

Baru-baru ini, Dr Amalina turut menjawab persoalan netizen mengenai penggunaan arang untuk memutihkan gigi.

Ubat gigi arang menjadi perhatian sejak kebelakangan ini selepas lagu ‘serbuk arang gigi’ menjadi siulan ramai.

@DrAmalinaBakri menulis: “Arang tidak memutihkan gigi. Based on published studies, there is no evidence that charcoal can whiten your teeth. It cleans your teeth but it DOES NOT whiten your teeth. (berdasarkan kajian, tidak ada bukti yang menunjukkan arang boleh memutihkan gigi. Ia boleh membersihkan gigi tetapi tidak memutihkan gigi).

“Penggunaan dalam jangka masa panjang juga akan membuatkan lapisan gigi anda nipis, it can weaken your enamel,” katanya.

Sumber : mStar Online

Kredit : KL Viral

1 Trackback / Pingback

  1. Respon Dr Amalina Kepada Datin Shahidah Selepas Di Dakwa Kondem Produk Aliff Syukri – 100

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*