Respon Bung Moktar Kepada Willie Mongin Setelah Willie Menyatakan Dia Tidak Gentar Untuk Berlawan Dengannya.

Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin menasihatkan Anggota Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin supaya mencari orang yang selayaknya untuk diajak “berlawan” dan bukan dengan dirinya.

Katanya, sebagai ahli politik tugasnya adalah membangunkan masyarakat dan negara dan bukannya berlawan.

“Saya wakil rakyat, jiwa saya membangun rakyat dan bukan untuk berlawan di gelanggang.

CADANGAN BUNG MOKTAR KEPADA WILLIE

“Tetapi saya cadangkan dia (Willie) jumpa dengan (Manny) Pacquiao, dapat juga dia duitkan daripada bertinju kosong,” katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.

Bung merujuk kepada juara dunia weltwerweight Persatuan Peninju Dunia (WBA) yang memegang rekod tumbangan teknikal (TKO) sebanyak 39 kali.

Kali terakhir pada 9 Julai lalu, peninju dari Filipina itu menewaskan Lucas Matthysse secaraTKO dalam pusingan ketujuh dalam perlawanan yang diadakan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Willie dalam ciapnya di Twitter semalam menyahut cabaran Bung untuk ‘berlawan’.

Ini selepas Bung Moktar semasa perbahasan isu pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Dewan Rakyat, semalam menyoal sama ada pemimpin PKR Sarawak itu mahu bergaduh dengannya.

Mengulas lanjut pemimpin Umno itu berkata beliau sedia untuk menyediakan gelanggang untuk Willie jika beliau benar-benar mahu berlawan.

“Kalau dia betul-betul dia nak bertinju, silakan. Saya akan sediakan dia gelanggang dan carikan dia pasangan untuk bertinju.

“Saya akan carikan dia peninju profesional seperti Pacquiao. Kalau tidak pun, kalau dia biasa bertinju di kampung dia baliklah kampung bertinju di sana,” katanya.

Bung Moktar juga menegaskan beliau mempunyai ilmu bela diri, sekali gus mampu mempertahankan diri jika keadaan mendesak.

“Insya-Allah, kalau untuk pertahankan diri saya ada (ilmu bela diri),” katanya.

SUMBER : Malaysia KINI

Kredit : Buletin Netizen

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*