Ramai Tidak Tahu Fattah Amin Adalah Sepupu Syamsul Yusof Dan Ini Gambarnya Sebelum Jadi Artis Yang Sangat Lain

Abdul Fattah bin Mohd Amin (lahir 14 September 1990) atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin ialah seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai finalis Hero Remaja 2011/2012 dan terkenal menerusi peranan sebagai watak utama sebagai dalam drama Playboy Itu Suami Aku sebagai Raja Adrian Benjamin. Beliau juga dikenali menerusi watak Inspektor Haikal dalam Gerak Khas, Kapten Ejaz Fakhri dalam Suri Hati Mr. Pilot dan Tengku Ian Uzzam dalam Hero Seorang Cinderella.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 14 September 1990 Masihi bersamaan 24 Safar 1411 Hijrah & dibesarkan di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Keluarga beliau berasal dari Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di SMK Desa Tun Hussein Onn seterusnya di Universiti Teknologi MARA & Universiti Utara Malaysia ijazah dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif.

Sepupu Syamsul Yusof

Beliau merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Selain daripada kerjaya seni, beliau juga giat menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan kafe & gimnasium yang terletak di Kota Damansara.

Penerbit & pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam ialah bapa saudara kepada Fattah menerusi pertalian saudara melalui bapanya

Pun begitu, tanpa mahu terlalu berharap kepada Skop Productions, Fattah cuba masuk dalam industri dengan bekerja sebagai kru penggambaran. Sepupunya, pelakon dan pengarah Syafiq Yusof menawarkannya menjadi kru untuk filem SAM: Saya Amat Mencintaimu lakonan Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan Syamsul Yusof pada tahun 2011. Setelah itu beliau bekerja untuk produksi drama Gerak Khas ketika masih di kolej. Daripada situ beliau cuba berjinak sebagai pelakon secara suka-suka.

Fattah merupakan salah seorang finalis Hero Remaja 2012/13 bersama Saharul Ridzwan, Hafidz Roshdi, Syafiq Kyle, Idris Khan, Ben Amir, Nazrief Nazri, Fendy Bakry dan Hafreez Adam. Hasilnya beliau merangkul gelaran juara.

Antara foto Fattah Amin Sebelum zaman popular menjadi artis!

Sumber : GLAM & Wikipedia

kredit: CelotehSaje

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*