Ramai Tak Sangka Rupanya Hafiz Pelumba Cup Prix Dah Tunjuk Tanda Dia Akan Pergi

Ramai Tak Sangka Rupanya Hafiz Pelumba Cup Prix Dah Tunjuk Tanda Dia Akan Pergi. Ini Kata Kata Terakhir Arw4h

KOTA TINGGI – Pelumba Cub Prix, Hafiz Nor Azman, 22, yang bersaing pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018 hari ini, meniinggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika pusingan terakhir perlumbaan di Dataran Bandar Penawar, dekat sini petang tadi.

Difahamkan, Hafiz, disahkan meniinggal dunia sejurus tiba di Hospital Kota Tinggi, di sini selepas terbabit dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 4 petang tadi.

Laman sosial Twitter, Kementerian Belia dan Sukan sebentar tadi mengesahkan bahawa Mohd. Hafiz disahkan meniinggal dunia selepas mengalami kemalangan ketika beraksi dlm pusingan 10 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018. – K! ONLINE

Innallilah.. Pelumba Cup Prix Ma ut Di Litar. Bapa Arwaah Menceritakan Apa Sebenar Yang Terjadi

KOTA TINGGI: Pelumba cub prix, Hafiz Nor Azman, 22, yang memenangi tempat keempat pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018, hari ini, meniinggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika pusingan terakhir perlumbaan, di Dataran Bandar Penawar, dekat sini petang tadi.

Difahamkan, Hafiz, disahkan meniinggal dunia sejurus tiba di Hospital Kota Tinggi, dekat sini selepas terbabit dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 4 petang tadi.

Bapa mgsa yang juga bekas pelumba, Nor Azman Mad Darus, berkata kemalangan dipercayai berlaku selepas pelumba di hadapan anaknya terlanggar penghadang di tepi litar menyebabkan penghadang itu terkeluar ke tengah litar.

“Pada masa sama arwaah tidak sempat mengelak menyebabkannya melanggar objek yang terpelanting keluar dari litar sehingga motosikalnya terjatuh,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi, di sini hari ini.

Nor Azman berkata, kemalangan berlaku ketika pelumba tengah laju dan perlumbaan juga sudah hampir selesai.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan Hafiz tidak sedarkan diri sebelum terus dibawa ke hospital tetapi disahkan meniinggal dunia.

Sementara itu, rakan mgsa, Fakhrusy Syakirin, 22, berkata, kemalangan berlaku ketika pusingan terakhir daripada keseluruhan 20 pusingan perlumbaan itu.

“Saya hanya melihat kemalangan itu melalui video di tempat perlumbaan. Saya nampak dia jatuh dan bahu tersangkut pada pagar yang terbuka separuh yang menyebabkan dadanya terkena pagar.

“Motosikal dia juga terseret,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Ini last ‘race’ aku – Mohd. Hafiz
POH 16 Dis. – “Ini last race aku”.

Itu ungkapan yang berulang kali disebut pelumba Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman, 22, kepada rakan-rakannya sebelum menyertai perlumbaan pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Bandar Penawar di Johor hari ini.

Pada perlumbaan tersebut, Mohd. Hafiz yang merupakan pelumba Cub Prix daripada Petronas Sprinta-Yamaha CKJ Racing kategori CP150 ma ut selepas terbabit dalam kemalangan pada perlumbaan itu petang tadi.

Menurut Nurhan Md. Nayan, 22, Mohd. Hafiz yang ditemuinya semasa menghadiri majlis kenduri minggu lalu berulang kali menyebut perlumbaan yang disertainya hari ini adalah perlumbaannya yang terakhir.

Katanya, Mohd. Hafiz juga ada memberitahu yang dia akan melakukan yang terbaik pada perlumbaan itu untuk mendapatkan kedudukan ketiga keseluruhan CP150.

“Banyak kali dia sebut yang ini last race dia. Dia nak buat yang terbaik dan tidak sangka yang ini betul-betul perlumbaan terakhir dia. Kami terkejut sangat dan tidak sangka dia dah tiada,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga Mohd. Hafiz di Kampung Serdang Permai, Kampung Kepayang di Simpang Pulai di sini hari ini.

Sementara itu, kakak sulung Mohd. Hafiz, Nor Shaziela, 30, berkata, dia terkilan apabila hajat anak ketiga daripada empat beradik itu untuk membawa kedua ibu bapa mereka mengerjakan umrah tidak kesampaian.

Katanya, dia yang akan turut sama menyertai Mohd. Hafiz telah menyediakan kesemua kelengkapan dan mereka dijangka bertolak mengerjakan ibadah tersebut pada 27 Januari depan.

“Dia memang berhajat bawa mak dan abah ke umrah, dia memang beritahu awal-awal kepada kami. Semua persiapan telah siap dan tak sangka hajat dia tak sampai.

“Semasa kejadian, saya menonton perlumbaan tersebut dan fikir dia tidak apa-apa sebab nampak dia bangun selepas terjatuh. Emak pun beritahu Hafiz selamat,” katanya.

Menurut Nor Shaziela, dia bagaimanapun terkejut apabila ibunya menghubungi semula dan memberitahu adiknya itu telah tiada.

“Emak cakap, mereka pergi ke sana (Johor) bertiga (bersama ayah), tidak sangka balik semula ke sini (Ipoh) berdua,” katanya yang memberitahu jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang esok.-(Sumber : UTUSAN ONLINE)

Kredit : KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*