Rakaman Video Pak Azad Challenge Bakal Buat Lidah Semua Orang Terbelit.

Pelakon dan pelawak, Azad Jasmin atau lebih sinonim dengan panggilan sebagai Pak Azad sangat rajin memuatnaik video-video lawaknya di laman Instagram.

Dia juga merupakan suami kepada selebriti terkenal, Eira Syazira dn ayah kepada 3 orang cahaya mata perempuan iaitu Amarra, Ameisya, dan Areisya.

Karakter Pak Azad yang kelakar dan selalu masuk air sentiasa menjadi hiburan di hati netizen di laman media sosial. Malah, pasangan sengsasi ini sering kali dipuji netizen kerana gemar membuat netizen berasa terhibur.

Terbaru, Pak Azad memuatnaik satu video di laman Instagramnya yang menunjukkan gelagatnya dan isteri di konti KoolFM membuatkan pengikutnya di laman media sosial itu geli hati.

Pak Azad mencabar isterinya dan pengacara radio KoolFM untuk ikut sebut apa yang bakal disebut olehnya. Jom sama-sama kita tengok!

Haaa amacam ? Korang lepas tak sebut semua perkataan tu ? BS dah berbelit lidah part yang nombor 2 tu hahaha.

Pengalaman Azad Jazmin Kena Hukum di India.

Setiap orang pasti mempunyai kenangan sama ada manis atau pahit terutamanya dizaman remaja. Begitu juga dengan selebriti Azad Jazmin atau nama sebenarnya Jazmin John Louis Jeffri, 37, pernah dihukum oleh bapanya sendiri dan di’buang’ ke India kerana kenakalannya ketika usia remaja.

“Dulu saya seorang yang sangat nakal di sekolah dan hampir dihantar ke sekolah pemulihan akhlak, Hendry Gurney tetapi dihalang bapa saya yang ketika itu yang mempunyai rencana lain. Pada mulanya saya diberitahu yang dia akan menghantar saya ke luar negeri.

“Pada tafsiran saya ketika itu bapa akan hantar saya ke London sebaik tamat SPM tetapi sebenarnya saya telah dicampakkan ke Madras, India selama enam bulan untuk hidup berdikari berbekalkan duit sebanyak RM 1000.

“Di sana saya lebih menghargai kehidupan yang saya pernah ada sebelumnya dan kini saya gunakannya untuk watak Rahul. Hidup di sana memang mencabar dan jauh berbeza dengan Malaysia.

“Daripada cara hidup hingga perkara yang aneh dan tak mungkin berlaku di sini akan anda lalui jika tinggal di India,” cerita Azad yang seronok berkongsi pengalaman kisah perit getir tinggal di India.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*