Rakaman Ini Memaparkan Seperti Seorang Lelaki Berenang Didalam Tangki Air Sebuah Restoren

SUNGAI BESI – Satu video memaparkan gelagat seorang individu sedang mandi di dalam tangki air di atas sebuah restoran tular di media sosial mendapat kecaman netizen.

Tindakan individu lelaki itu di dedahkan melalui laman Facebook Raja Lepak pada Jumaat lalu.

Menerusi video berdurasi 0:16 saat itu, seorang lelaki kelihatan sedang berendam di dalam tangki air berkenaan yang dipercayai turut digunakan oleh pengusaha restoran terbabit.

“Bukan main seronok ye kau berenang kat dalam tu.. Kau ingat itu swimming pool. Pengotor betul la. Ini tangki atas sebuah kedai mamak di Pekan Sungai Besi,” tulisnya.

Sehingga jam 5 petang semalam, video yang dimuat naik itu telah mendapat sebanyak 884 komen dan 1,400 perkongsian di Facebook.

Kebanyakan komen dilihat menyelar tindakan individu terbabit yang dianggap sebagai jijik dan pengotor.

Seorang netizen dikenali sebagai Ajwan Ismail berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera terhadap isu berkenaan berikutan ia melibatkan aspek kebersihan di premis makanan.

“Jabatan kesihatan dan pihak berkuasa perlu ambil tindakan segera, jangan bagi muka kepada pendatang luar,” tulisnya.

Seorang netizen, Iesey Uwanted Kantoi pula berkata, “Be positive ok. Maybe (dia) tengah cuci tangki kot,” katanya.

Selain itu, terdapat juga komen netizen yang turut mempertikaikan tindakan individu yang merakam dan menularkan video berkenaan.

Menurut Isma Siraz, pihaknya mempersoalkan tindakan perakam video terbabit yang dilihat tidak merujuk pemilik restoran terlibat selepas melihat kejadian itu.

“Maaf, kenapa yang tukang rakam tak tanya tauke kedai itu? Dapatkan penjelasan,” tulisnya.

Video Yang Menjadi Tular

Sumber Info : Sinar Harian dan Raja Lepak

Kredit: KLViral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*