Punca Final Piala Malaysia Boleh Terheret Hingga Ke Sepakan Penalti

IPOH: Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic berharap mampu menghadiahkan kejuaraan Piala Malaysia kali kelapan kepada The Bos Gaurus apabila mereka bertemu Terengganu FC pada final di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Mereka juga mahu menamatkan kemarau 18 tahun menjulang trofi itu ketika peminat pasukan digelar Kejor Yob Kejor itu dahagakan kejayaan selepas kali terakhir layak ke final pada 2007.

Yob mahu tamat kemarau 18 tahun

Durakovic berkata, walaupun secara peribadi beliau sudah memenangi Piala Malaysia empat kali, situasi kali ini sedikit berbeza kerana harapannya begitu tinggi untuk menghadiahkan kemenangan buat Perak.

“Tiga kali saya julang Piala Malaysia sebagai pemain iaitu pada 1995, 1996 dan 1997 dan kemudian sebagai jurulatih sekali tiga tahun lalu. Jika boleh kali ini saya mahu julang piala bersama Perak pula,” katanya, yang meraih kejayaan itu bersama Selangor.

Jurulatih berasal dari Australia itu teruja dengan kejayaan The Bos Gaurus mara ke final buat kali ke-18 tambahan pula pasukan itu berada di tangga ketiga dalam ranking paling banyak memenangi piala itu.

“Saya bangga dengan kejayaan ini. Pemain berusaha gigih untuk menempah tiket ke perlawanan akhir. Memang mereka layak beraksi pada final kali ini. Selepas 11 tahun menanti, ini peluang Perak untuk tamatkan kemarau,” katanya.

Perak dan Terengganu pernah bertemu dua kali pada final 1998 dan 2001, kedua-duanya di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Perak menang 5-3 menerusi penentuan penalti sesudah terikat 1-1 pada final 1998 sebelum Terengganu membalas dendam 2-1 pada 2001.

“Kali ini kami mahu menang. Malah kejayaan ini akan menjadi hadiah paling istimewa sempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tidak lama lagi,” katanya.

Perak tamat kemarau 18 tahun trofi Piala Malaysia
KUALA LUMPUR: Perak menamatkan kemarau 18 tahun trofi Piala Malaysia dengan penuh dramatik menerusi penentuan penalti 4-1 ke atas Terengganu FC.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam itu menyaksikan pasukan Terengganu yang dilatih Irfan Bakti Abu Salim berjaya menjaringkan gol terpantas 51 saat oleh Tchetche Kipre sebaik wisel sepak mula ditiup.

Kipre juga memastikan kedudukan selesa sebelum tamat separuh masa pertama dengan gol kedua (m-42) Babak kedua menyaksikan Perak yang dibimbing jurulatih Mehmet Durakovic bangkit mengatur serangan dan berjaya merapat jurang menerusi Muhd Firduas Saiyadi minit ke-46.

Bagaimana pun perlawanan terhenti beberapa minit dengan insiden pergaduhan pemain kedua-dua pasukan yang menyaksikan pemain perak Gilmar da Silva dilayangkan kad merah selepas mengumpul dua kad kuning minit ke-55.

Sebelas minit kemudian pemain Terengganu, Lee Tuck pula menerima kad merah selepas kesalahan menyiku pemain lawan.

Kedua-dua pasukan kembali seimbang dengan 10 pemain. Permainan semakin rancak dengan percubaan serangan pemain-pemain skuad Seladang sehingga membuahkan gol penyamaan minit ke-91 menerusi Brendan Gan.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 yang memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan. Faiz Nasir meledak gol ketiga untuk Terengganu sebaik sahaja masa tambahan bermula.

Pun begitu nasib drama berterusan gol penyamaan buat Perak pada masa tambahan apabila pemain Terengganu tersilap percaturan menolak bola kea rah gawang sendiri oleh Igor Zonjic.

Ia menjadikan keputusan seri 3-3.

Permainan terpaksa diheret ke penentuan penalti dengan menyaksikan Perak menang dengan keputusan 4-1.

Kemenangan ini menyaksikan Perak menamatkan kemarau trofi prestij Piala Malaysia ini selama 18 tahun, kali terakhir menjulangnya pada edisi 2000.

Tahniah Perak.. Juara Piala Malaysia 2018..
Perak menjulang Piala Malaysia 2018 apabila menewaskan TFC 4-1 dalam penentuan penalti selepas terikat 3-3 masa tambahan.

Perlawanan yang mantap dan best..

Edited By KLviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*