Penjelasan Neelofa Selepas Dia Muat NaiK Gambar Tidak Bertudung

Netiz4n Terkejut Neelofa Muat NaiK Gambar Tidak Bertudung.Ini Komen Neelofa

Sebut sahaja Neelofa mesti semua orang akan sinonim dengan kisah suksesnya dalam bisnes, selain gaya fesyen yang sering kali menjadi buah mulut ramai. Katalah apa sahaja baik yang buruk atau pun sebaliknya, Dewi Remaja 2010 ini tidak mudah melatah.

Terbaru, terkejut sebentar para pengikut usahawan terkenal, Neelofa apabila sekeping gambarnya yang tidak berhijab dimuat naik di laman Instagram. Bagaimanapun Neelofa tampil menjelaskan hal sebenar.

Menurut Neelofa, gambar tersebut sepatutnya ingin dikongsikan kepada teman rapat namun tersalah memuat naik di laman sosial pula. Menerusi Instastory Neelofa tampil memohon maaf denga insiden itu.

“Foto itu sepatutnya dikongsi dengan teman rapat. Maaf jika membuatkan semua terkejut,” tulisnya menerusi Instastory mengenai gambar tidak berhijab yang ‘tidak disengajakan’ dikongsi.

Terdahulu, Neelofa telah memuat naik gambarnya memakai topeng wajah tanpa mengenakan tudung. Menyedari gambar tersebut dimuat naik kepada umum, Neelofa segera memadamnya semula tidak lama kemudian.

Beberapa pengikut yang sempat melihat gambar tersebut mengakui terkejut dan menyangka akaun media sosialnya digodam pihak tidak bertanggungjawab. Nasib baik Neelofa cepat menyedari gambar terbabit.

 

Ini gambar yang buat ramai terkejut , namun demi aurat beliau admin terpaksa ‘edit’ bahagian yang nampak rambut.. Minta neelofa lebih berhati-hati la selepas ini ya..

Menerusi foto itu, Neelofa turut menyertakan keterangan, suntikan steroid membuatkan kulitnya kering dan wajahnya membengkak.

Menyedari foto itu dimuat naik dalam tetapan umum, Neelofa, bagaimanapun segera memadamnya bagi mengelak sebarang kekecohan.

Namun, beberapa pengikut yang sempat melihat foto itu mengakui terkejut, malah bertanya kemungkinan akaun media sosialnya menjadi mangsa penggodam.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

sumber rotikaya Via Talam Keladi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*