Speedy Jantan Menang Emas 100 Meter Sukan Sea 2017

Penantian 14 Tahun Berakhir, ‘Speedy Jantan’ Menang Emas 100 Meter Sukan Sea 2017

Penantian 14 Tahun Berakhir, ‘Speedy Jantan’ Menang Emas 100 Meter Sukan Sea 2017 – Semalam, Khairul Hafiz Jantan yang digelar ‘Speedy Jantan’ telah membanggakan Malaysia apabila berjaya memenangi pingat emas dalam acara 100 meter(L). Beliau berjaya membuktikan dirinya manusia terpantas di Asia Tenggara selepas berjaya mengalahkan juara bertahan Eric Cray dari Filipina.

Kemenangan ini menjadi bualan hangat netizen yang rata-rata puji dan bangga dengan pencapaian Khairul Hafiz Jantan. Memang terbaik!

Penantian 14 Tahun Berakhir, ‘Speedy Jantan’ Menang Emas 100 Meter Sukan Sea 2017

Khairul Hafiz berjaya melepasi garisan penamat dengan masa 10.38s sekaligus mengalahkan Eric Cray dari Filipina yang terpaksa berpuas hati dengan perak selepas mencatat masa 10.43s. Manakala, Kritsada Namsuwun dari Thailand juga mencatat masa 10.43s untuk gangsa. Rakan sepasukan Khairul Hafiz, Jonathan Nyepa dari Sarawak menduduki tangga kelima pada 10.66s.
Pelari pecut itu juga telah memegang rekod individu terbaik pada Sukan Sea semalam apabila berjaya memecah rekod acara 200m lelaki kebangsaan.

Terima kasih rakyat Malaysia

‘Speedy Jantan’ Menang Emas 100 Meter Sukan Sea 2017

TERIMA kasih kepada semua rakyat Malaysia, jurulatih (Mohd Poad Md Kassim). Saya gembira sangat, tak tahu nak cakap apa dan ini hadiah untuk ayah, keluarga dan semua rakyat Malaysia

Saya rasa gementar namun bersyukur mampu dapatkan pingat emas. Alhamdulillah janji saya kepada jurulatih dan semua penyokong untuk mendapatkan pingat emas, terhasil. Kejayaan ini amat istimewa kerana ini penyertaan pertama saya di Sukan SEA dan berjaya mendapat pingat emas.

Khairul Hafiz berjaya menamatkan kemarau pingat emas 14 tahun apabila berjaya menjuarai acara riben biru. Beliau turut meminta semua rakyat Malaysia mendoakan kejayaannya dalam acara 200m dan 4×100 bersama rakan pasukan selepas ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*