Pekerja Kontrak Ini Terkejut Apabila Jumpa Peti Besi Lama Tetapi Apa Isi Kandungan Dia Buat Mereka Sendiri Terkejut.

Tuah ayam nampak di kaki tetapi tuah manusia kita tidak tahu. Maksud perumpamaan ini adalah rezeki manusia susah kita nak jangka. Ini yang terjadi kepada pekerja kontrak.

Video yang menjadi tular di media sosial menunjukkan sekumpulan pekerja kontrak (luar negara) menjumpai 1 peti besi lama ketika mereka sedang membuat kerja kerja pembersihan di satu kawasan terbiar.

Tetapi cabaran mereka adalah membuka peti besi tersebut dan untuk membuka peti besi bukan satu tugas yang mudah.

Mereka menggunakan tukul batu tetapi gagal, mereka cuba drill pintu tersebut juga tidak berjaya. Menggunakan api (torch) untuk mencairkan kunci peti besi juga gagal. Cara terakhir adalah cuba mengikis bahagian atas peti besi tersebut dan akhirnya mereka berjaya.

Isi kandungan Peti Besi
Setelah peti besi berjaya dipecahkan, benda pertama mereka jumpa adalah beberapa keping kertas dan topi. Setelah digeledah lagi akhirnya mereka jumpa kumpulan duit dan disaat itu mereka gembira. Tetapi setelah mereka geledah lagi sekali dan kali ini memang kena ‘jackpot’.

Mereka menjumpai emas bar (gold bar) yang tertulis emas 999 dan berat 7 kilo. Pada mulanya mereka tidak percaya dan munkin emas itu palsu tetapi setelah diteliti memang betul emas itu adalah tulen. Kegembiraan mereka tidak berakhir disitu kerana bila diperiksa lagi sekali bukan 1 tetapi 3 ketulan gold bar.

Semua meloncat kegembiraan kerana mereka akan menjadi jutawan dalam sekelip mata. Tetapi boleh kah mereka mengambil emas tersebut?

VIDEO PENUH

Jika Rakyat Malaysia Jumpa Emas Boleh Ambil Tak?

Kuala Terengganu: Boleh gali tetapi tidak boleh ambil. Itu kata Presiden Institut Geologi Malaysia Datuk Yunus Abd Razak berhubung aktiviti menggali emas oleh penduduk Kampung Jenang, Marang di kawasan tanah berhampiran kediaman masing-masing.

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) berkata, bahan galian seperti emas tersenarai antara mineral yang menjadi milik kerajaan walaupun berada di dalam kawasan tanah persendirian mengikut undang-undang.

“Pada asasnya semua sumber mineral adalah tertakluk dan menjadi hak kerajaan negeri.

“Penduduk dibenarkan menggali tanah tetapi sekiranya menemui sumber mineral antaranya emas dan timah, ia adalah milik kerajaan seperti termaktub dalam undang-undang,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

Menurut Yunus, penduduk terbabit bagaimanapun boleh membuat permohonan Lesen Melombong Tuan Punya untuk mencari dan menggali emas di tanah milik masing-masing.

“Lesen ini perlu dipohon daripada Pejabat Tanah dan Galian negeri (PTG) dan selepas memperolehnya, mereka perlu memohon lesen operasi pula daripada JMG.

“Pemilik tanah juga perlu mengemukakan satu skim yang mana perlu mendapatkan bantuan jurutera perlombongan berdaftar.

“Skim ini secara mudahnya untuk menunjukkan keluasan, sistem pengairan dan beberapa aspek keselamatan lain yang perlu dipatuhi.

“Selain itu, wujud peruntukan dalam Enakmen Mineral Negeri yang memerlukan mereka membayar royalti sekitar 2.5 peratus daripada keuntungan kepada kerajaan negeri,” katanya.

Sehubungan itu, Yunus menasihatkan penduduk kampung berkenaan supaya merujuk kepada JMG untuk mendapatkan nasihat bagaimana mereka boleh meneruskan aktiviti menggali emas di tanah milik masing-masing.

“Tidak perlu terburu-buru, sebaliknya dapatkanlah nasihat daripada pakar. Mereka juga boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana syarikat yang mampu melakukan aktiviti berkenaan secara lebih berkesan dan terserah kepada persetujuan mereka mengenai nisbah pembahagian keuntungan,” katanya. – HMETRO ONLINE

Kredit : KLViral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*