Nabila Huda Menyatakan Pandangannya Mengenai Istilah Bossku Yang Sering Digunapakai

Pelakon versatil, Nabila Huda ada memuat naik pandangannya secara humor mengenai istilah ‘bossku’ yang sering digunapakai ketika ini.Pelakon Tombiruo itu ada berkongsi reaksinya menerusi Insta Stories.

Dia secara seloroh meminta supaya berhenti gunakan ayat seperti ‘Bossku’ dan ‘Malu apa Bossku.’

“Boleh tak stop cakap bossku bossku! Malu apa bossku. Tak fahamlah amende tu. Benci gila la!

“Bila masa pulak aku jadi boss? Bila masa pulak aku malu? Annoying lah. Macam orang cakap “retis”! Sumpah rasa nak cepuk je bosskur bosskur. Kg.com sangat! Love!,” tulisnya.

“Saya tak kutuk orang Sabah”- Nabila Huda dikecam gara-gara perkataan ‘bossku’

GARA-GARA kenyataan meminta orang ramai berhenti bercakap dengan perkataan ‘bossku’, laman instagram pelakon Nabila Huda dihujani kecaman netizen.

Segelintir netizen mendakwa perkataan itu berasal daripada negeri Sabah dan mula popular di Semenanjung sejak kebelakangan ini.

Rata-rata mereka meluahkan rasa kecil hati dan menganggap aktres itu menghina dan tidak menjaga sensitiviti masyarakat Sabah.

“Perkataan boss digunakan sebagai panggilan hormat ketika berkomunikasi di Sabah. Sama seperti di Semenanjung menggunakan sis, bro, tuan dan sebagainya.

“Cuba kaji dulu perkataan itu seperti mana artis inginkan peminat untuk jaga sensitiviti mereka macam itulah juga perasaan kami rakyat Sabah,” tulis salah seorang netizen.

Bagaimanapun, Nabila membalas komen itu berkata bahawa dia tidak mengutuk dan tidak tahu ayat itu berasal dari mana.

“Ya Allah… Apa ni, saya bukan kutuk orang Sabah. Orang KL (Kuala Lumpur) ni pakai ayat tu yang buat bunyi annoying gila. Semua benda guna ayat tu sumpah saya sendiri tak tahu ayat tu dah lama dari Sabah.

“Tenang, saya tak kutuk pun orang Sabah” ujarnya.

Pada Sabtu lalu, Nabila memuat naik teguran mengenai istilah ‘bossku’ yang sering digunakan secara berleluasa ketika ini.

Dia secara berjenaka meminta supaya berhenti menggunakan ayat itu yang dianggap telah menimbulkan rasa kurang senang.

Apapun, itu hanyalah pandangan peribadi Abil. Korang suka pakai ayat tu tak??

Foto: IGS Nabila Huda
Sumber: MediaHiburan & MSTAR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*