Micheal Ang Dan Caprice Mempunyai Pendapat Berbeza Tentang Isu Dato Aliff Syukri

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sekali lagi mencetuskan kemarahan netizen apabila menggunakan perkataan berbaur penghinaan terhadap seorang wanita.

Lebih menimbulkan kekecohan apabila Aliff enggan memohon maaf berhubung keceluparannya itu kerana ia berlaku tanpa sengaja.

Tindakan Aliff Syukri mengundang rasa kurang senang netizen

“Saya tak mampu nak puaskan hati semua orang, cuba berada di tempat saya, apa anda rasa?

“Mudah-mudah je hina saya. Saya tak sengaja sebut perkataan ugly (hodoh)

“Sikit-sikit kecoh, sikit-sikit viral, apa anda nak daripada saya sebenarnya?,” kata Aliff di Instagram miliknya.

Ahad lalu sewaktu siaran langsung program Gegar Vaganza, Aliff menyifatkan wajah seorang penonton wanita seakan bomoh semasa mempromosikan produk kosmetiknya.

Tindakan Aliff, 31, turut mengundang rasa kurang senang daripada beberapa selebriti tempatan antaranya Caprice dan pelawak Harith Iskander.


Harith Iskander turut menyelar tindakan Aliff Syukri

“Selalunya saya tidak mempedulikan perlakuan orang bodoh.

“Tetapi kadang-kadang saya tak boleh diamkan diri apabila mereka melakukan sesuatu yang membencikan,” tulis Harith di Instagram.

Caprice meluahkan rasa kecewanya

Sementara itu penyanyi dan usahawan Caprice menyifatkan tindakan Aliff sebagai tidak beretika dan keterlaluan.

“Saya tak tahu siapa wanita itu, namun dia mungkin isteri seseorang”

Ini satu lagi bukti bahawa wang tidak mampu membeli class,” katanya.

SUMBER : MSTAR ONLINE

APA MICHEAL ANG DAN CAPRICE CAKAP TENTANG ALIFF SYUKRI?

Micheal Ang berada di pihak Aliff Syukri kerana dia tahu perangai Aliff Syukri macam mana. Dan dia tahu bahawa Dato Aliff sebenarnya tidak sengaja dan dia telah pun meminta maaf. Mari lihat video penuh di bawah.

Kredit : KLViral

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*