Melayu Apa Macam Tu Pakaian Nad Zainal Di ASK2018 Kena Sembur

Semalam menjadi momen bermakna buat pelakon, Nad Zainal selepas dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik drama di Anugerah Skrin 2018 yang berlansung semalam.

Watak gadis autisme lakonan Nad Zainal dalam drama Fatonah Azali membolehkannya memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama, manakala trofi Pelakon Lelaki Terbaik Drama digenggam Jay Iswazir (Aku Nazmi).

Dalam ucapannya, dia mendedikasi kemenangan tersebut kepada ibu bapa yang memiliki anak autism. Nad Zainal merangkul anugerah tersebut bagi drama Fatonah Azali yang sememangnya cukup mantap dan berkesan sehingga ada penonton berterima kasih kepada pelakon tersebut.

Terutama sekali ibu bapa yang memiliki anak autisme kerana bagi mereka Nad benar-benar menjiwai watak dengan baik terutama dalam menonjolkan ciri-ciri autisme yang ada dalam sesetengah kanak-kanak

“Melayu Apa Macam Tu,”- Pakaian Nad Zainal Di ASK2018 Kena 'Sembur'“Melayu Apa Macam Tu,”- Pakaian Nad Zainal Di ASK2018 Kena 'Sembur'

Anak Autism adalah anak istimewa, bukan gila, dan macam-macam lagi panggilan tidak enak.. jika diberi ruang dan peluang, mereka mampu bekerja, dan mungkin ada kelebihan lain, seperti cepat menghafal, kreatif dan sebagainya.

Selain daripada merangkul trofi, kelibat Nad dan suami sejak awal lagi telah menarik perhatian ramai apabila tampil berbeza dengan busana yang bertemakan melayu klasik.

Telatah comel pasangan ini telah menarik perhatian banyak lensa-lensa kamera sepanjang majlis tersebut berlansung.

“Melayu Apa Macam Tu,”- Pakaian Nad Zainal Di ASK2018 Kena 'Sembur'

“Melayu Apa Macam Tu,”- Pakaian Nad Zainal Di ASK2018 Kena 'Sembur'

“Melayu Apa Macam Tu,”- Pakaian Nad Zainal Di ASK2018 Kena 'Sembur'

Bagaimanapun, pakaian Nad nyata menimbulkan rasa kurang senang di hati netizen yang tercari-cari di mana unsur kemelayuan tersebut.

Rata-rata menganggap pakaian Nad sedikit terdedah sehingga menampakkan bahagian bahunya itu.

“Melayu Apa Macam Tu,”- Pakaian Nad Zainal Di ASK2018 Kena 'Sembur'

Terdahulu, Nad merakamkan penghargaan kepada semua guru-guru lakonan yang mendidiknya ketika menuntut di ASWARA satu ketika dahulu.

Tahniah diucapkan kepada Nad Zainal.

Foto: Instagram Nad Zainal via MediaHiburan via theklasik

Kredit: TalamKeladi

1 Trackback / Pingback

  1. Melayu Apa Macam Tu Pakaian Nad Zainal Di ASK2018 Kena Sembur – 100

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*