Masih Ingat Lagi Shamsul Ghau Ghau Ini Perkembangan Terbaru Beliau Yang Terbaik

“Sedekah Sampai Kita Kaya, Solat Sampai Ke Tua,” – Pesan ‘Makan Dalam’ Shamsul Ghau Ghau

Sedang memimpin jemaah dan mengerjakan ibadah umrah ketika ini, pelakon Shamsul Ghau Ghau atau lebih senang menggelarkan diri sebagai Paksu berkongsi ceramah di laman Instagram miliknya.

“Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sedekah sampai kita kaya.

“Jangan tunggu tua baru nak solat. Solat sampai kita tua.

“Jangan tua tua baru nak alim. Kita alimlah sampai tua,” katanya sewaktu di hadapan Masjid Ghamamah Madinah Al Munawwarah.

Netizen terharu dengan cara Paksu menyebarkan dakwah dan berharap agar pelakon ini dapat terus berkongsi ilmu agama kepada masyarakat.

Pelakon Lang Buana ini juga kini merupakan guru agama dan penceramah bertauliah bebas.

Shamsul Ghau Ghau Kini Penceramah Bertauliah

PELAKON dan pelawak Shamsul Ghau Ghau mengakui masih berasa malu apabila ada yang mula memanggilnya ustaz.

Shamsul atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin, berkata tidak pernah terlintas difikirannya sebelum ini untuk menjadi seorang guru agama.

“Sejujurnya saya tak pernah mimpi atau terfikir pun nak jadi seorang guru dan agak malu apabila ada yang memanggil saya dengan gelaran ustaz.

“Selalunya, sebelum memulakan ceramah saya akan beritahu tetamu jangan panggil ustaz, saya segan sebab tinggi sangat tahap tu.

Wajah Shamsul Terkini

Apa yang saya lakukan ini hanya berkongsi ilmu dengan masyarakat dan saya anggap ini perancangan terbaik yang telah diatur oleh Allah SWT,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Shamsul memberitahu dia baru sahaja lulus temuduga bagi melayakkan dirinya menerima tauliah untuk menyampaikan ceramah di negeri Selangor.

Katanya, dia perlu melalui beberapa proses ujian berkaitan agama Islam sebelum diberi kelayakan tersebut.

“Untuk bergiat aktif sebagai penceramah agama atau motivasi, kita kena ada sijil kelayakan dan kerana itu saya hadiri temuduga tersebut.

“Sebenarnya bukan mudah untuk mendapatkan sijil tersebut kerana banyak proses dan ujian yang perlu dilalui.

“Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar dan selepas ini saya boleh berkongsi lebih banyak ilmu agama dengan masyarakat,” katanya.

Menyentuh mengenai karier seni, pelakon berusia 50 tahun ini mengakui masih aktif bergelar pelakon dan pengacara.

Bagaimanapun, katanya, terdapat produksi menyangka bahawa dia sudah bersara dan enggan berlakon.

“Industri seni ini merupakan sumber pendapatan saya dan kerana itu saya tak boleh nak berhenti menjadi seorang pelakon.

“Tetapi ada produksi yang menyangka saya tak nak berlakon lagi dan mereka fikir saya hanya boleh bawa watak bapa dan ustaz sahaja.

“Insya-Allah kalau ada tawaran yang bersesuaian, saya tidak menolak. Sesekali itu rindu juga nak beraksi depan kamera,” katanya.

Selain bergelar penceramah dan pelakon, Shamsul juga aktif sebagai pengacara dan penyanyi.

SUMBER:MEDIAHIBURAN & MSTAR

Foto – Instagram Shamsul Ghau Ghau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*