Luahan Isteri 5 Tahun Tanggung Biawak Hidup Nak Berpisah Fikirkan Anak Kecil.

Assalamualaikum admin dan semua. saya nak mintak pendapat semua, saya dah tak tahan ni, menaip pun dalam keadaan yg sedih huhu maaf jika penulisan saya caca marba hati saya mendidih je skang ni tgh tengok suami saya tido, Dan takde usaha nak pergi keje. Suami saya buat grab je.

Saya dah berkahwin selama 5 tahun Dan dikurniakan dgn 2 org anak. Masalahnya Suami saya solat tak nak, kerja pun tak nak, ikot kepala dia je, Rasa nak keje, keje, kalau tak nak, tido je kejenya, anak makan apa, anak ok ke tak, kerja2 rumah semua tak pedulikan, semua saya uruskan.. agak2 dia rasa nak bangun tido, baru lah bangun, anak menangis kat tepi dia pun buat tak tau je.. anak lapa ke menangis ke, dia buat dek je.. Alasan takde duit. semua emas saya dah dia pajak, takde Satu emas pun yg tinggal.. padahal sihat walafiat je dia. saya hampir meroyan masa pantang anak ke2. Satu bende pun tak boleh tolong, mandikan anak yg sulung pun, agak2 dia bangun tido, kul 12 pm baru nak mandikan. itu pun lepas mintak tlg.

nasib baik anak saya hidup lagi..tak kan saya nak biarkan anak saya tak terurus mcm tu.. tak pernah Satu Sen pun dia keluarkan untuk saya masa dlm pantang..tengok2 Kan saya pun tidak.. masa duduk rumah sewa, saya yg bayar duit rumah, bayar hal2 pantang, makan saya, anak2, dengan dia sekali lah.. lepas Tu kitaorg kene halau sbb tak bayar sewa.. mcm mana nak bayar, gaji saya 2k pun tak sampai..sekarang, tumpang rumah mak ayah saya.. Allahuakbar, yg paling memalukan, sudahlah menumpang rumah mak ayah saya, mak saya kejut bangun pegi solat jumaat, dia buat tak tau je, tido je dlm bilik.. kalau kat rumah mak dia, pandai pulak cover line.. setiap Kali solat, saya doa agar dia berubah, at least tanggungjawab dia pada Allah.

tanggungjawab dekat saya ni jangan ckplah, nafkah apa semua kirim salam je la.. nasib baik saya bekerja.. Tu takpe lagi, anak2 punya pampers dan Susu pun baru berapa bulan ni dia yg belikan, itu pun lepas saya paksa.. hal2 lain semua saya settle.. ya Allah, malunya saya dgn family saya, bangun lambat, kejut solat tak bangun, tlg buat keje rumah, Jaga anak pun tidak.. hanya tau tido, keluar buat grab, balik tido, Tanya Ada makan apa huhu.. Satu Sen pun dia tak pernah hulur kat rumah ni, tak pernah Tanya apa2 pun.. dia buat dek je.. huhu.. kadang Tu saya Rasa nak marah maki hamun suami saya mcm mana dia buat saya, tapi saya sabar lagi.

takut dah tak boleh sabar je ni.. saya ni dah byk Kali kene sepak terajang, time mengandung, time pantang semua dah pernah Rasa, smp koyak2 mulut, yg saya kesiankan anak2 saya huhu Allahuakbar, saya Rasa nak pergi pejabat agama je, saya tak tahan sgt mcm ni.. saya tak boleh nak bagitahu parents dia, saya sayang mak ayah mertua saya, sgt2 baik orangnya..saya tak nak dorang susah hati. tolonglah kawan-kawan, apa yg patut saya buat.

Video Sekadar Hiasan

Sumber: FB KRT Via JMD

Kredit : MamaKuSyg

1 Comment

  1. Salam..pada pendapat saya..adalah lebih baik anda ke pejabat agama selesaikan masalah ini..kerana utk jangkamasa panjang..anda akan hidup menderita…jgn biarkan perkara ini berlarutan tanpa tindakan dan elak ia menjadi barah dalam kehidupan anda.hidup hanya sekali..layari kehidupan kita yang satu dgn sebaiknya..berkenan hubungan dgn mertua bukan jadi isu…anda masih boleh berhubung dgn mereka macam biasa walaupun anda sudah tiada ikatan lagi dgn suami.anda perlu lakukan sesuatu utk menyedarkan suami anda..jgn jadikan diri dan anak anda mangsa keadaan…akhir kata.semoga anda diberi perlindungan dari ALLAH SWT.

1 Trackback / Pingback

  1. Luahan Isteri 5 Tahun Tanggung Biawak Hidup Nak Berpisah Fikirkan Anak Kecil. - Langit Kelabu

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*