Lima Motosikal Termahal DiDunia.

yamaha bms

SESETENGAH orang terlalu meminati akan motosikal. Oleh itu, terdapat pelbagai syarikat yang menghasilkan motosikal mewah yang mana ianya mempunyai penampilan yang lebih daripada mencukupi untuk membuat penduduk tertanya-tanya tentang bagaimana ianya dihasilkan. Motosikal seperti ini pasti menjadi satu ungkapan watak seseorang dan personaliti mereka.

Motosikal mewah sebegini biasanya kerana rekabentuknya, rangka kerja, ciri-ciri unik dan kelajuan. Ia cukup jelas menunjukkan bahawa motosikal itu bukan untuk rakyat biasa, tetapi hanya untuk mereka yang benar-benar berkemampuan untuk memilikinya, yang mempunyai simpanan wang di dalam akaun bank dengan jumlah 7-9 angka.

Walaupun ramai yang menggunakannya sebagai medium pengangkutan, ada sesetengah golongan menganggap motosikal sebagai sesuatu yang melambangkan kekayaan dan kemewahan. Harga jentera dua tayar ini boleh mencecah jutaan ringgit jika betul-betul dapat memukau peminat motosikal.

Sama ada disebabkan enjinya yang berspesifikasi tinggi, disaluti emas, jarang didapati atau apa sahaja, pasti akan ada individu yang sanggup membayar bagi mendapatkan motosikal idaman mereka.

iluminasi.com ingin berkongsi 5 motosikal paling mahal di dunia.

5. Yamaha BMS – RM12.9 juta

yamaha bms

Tak perlu tanya harga anda dah boleh agak ia merupakan sebuah motosikal dengan harga yang hanya mampu didengar sahaja. Badan Yamaha BMS ini disaluti dengan emas 24 karat dan dilengkapi dengan enjin duo-V 1,700 cc. Ia juga merupakan satu-satunya motosikal yang disalut dengan emas, sehingga tahun 2013.

Ia menjadi simbol kekayaan bagi sesiapa sahaja yang menunggangganya, dengan harga RM12.9 juta.

4. Hildebrand & Wolfmuller – RM15 juta

hildebrand wolfmueller

Mungkin anda tak percaya motosikal ini antara yang termahal di dunia kerana rupa bentuknya. Harga motosikal Hildebrand & Wolfmuller ini melambung tinggi kerana merupakan sebuah motosikal antik yang dihasilkan di antara tahun 1894 dan 1897 di Jerman. Ia sangat jarang ditemui, jika masih ada pun hanya boleh dijumpai di muzium di Jerman, London, Detroit, Maine dan Indonesia.

Tidak seperti motosikal berkuasa tinggi dalam senarai ini, motosikal ini hanya mempunyai sebuah enjin kecil yang hanya mampu membantu seseorang menaiki bukit dan mempunyai kelajuan maksimum 44.8 kilometer sejam. Harganya pula mencecah RM15 juta.

3. Ecosse Spirit – RM15.48 juta

eccose spirit

Walaupun anda mempunyai lesen B Full, anda masih belum cukup layak untuk menunggang motosikal ke-3 termahal di dunia ini. Anda perlu menghadiri kelas selama 2 minggu terlebih dahulu di ibu pejabat Ecosse bagi memastikan anda betul-betul cekap. Motosikal Ecosse Spirit ini merupakan hasil kerjasama antara 3 orang jurutera dari Amerika Syarikat dan Britain.

Mereka menggunakan rekabentuk yang kereta Formula 1 untuk menghasilkan motosikal dan hanya 10 daripada model ini dihasilkan daripada Titanium Series. Ia mampu bergerak dengan kelajuan maksimum 368 km sejam, dan dijual dengan harga RM15.48 juta seunit.

2. 1949 E90 AJS Porcupine – RM29.8 juta

1949 e90 ajs porcupine

Motosikal ini pernah menjuarai World Championship pada tahun 1949 yang ditunggag oleh Les Graham. Beberapa tahun selepas itu, syarikat pengeluar motosikal ini telah mengubah rekabentuk membuatkan rekabentuk motosikal ini yang memenangi World Championship itu menjadi ekslusif dan rare.

Motosikal yang dikatakan antara yang paling inovatif dan tercantik ini hanya dikeluarkan sebanyak 4 buah sahaja membuatkan harganya melambung tinggi menjadi RM29.8 juta.

1. Neiman Marcus Limited Edition Fighter – RM47.3 juta

neiman marcus limited edition fighter 2

Bagi yang tak tahu, Neiman Marcus adalah syarikat yang menjual pelbagai barangan termasuklah pakaian, kasut dan aksesori. Namun, syarikat ini juga telah mengeluarkan satu model motosikal yang kini menjadi motosikal termahal di dunia. Pada mulanya, Neiman Marcus Limited Edition Fighter ini berharga RM473,000 ketika dilancarkan.

neiman marcus limited edition fighter

Namun, disebabkan rekabentuknya yang sangat inovatif dan berevolusi yang dikatakan menyerupai jam, ia telah dibeli dengan harga RM47.3 juta di jualan lelongan.

Hanya terdapat 45 unit sahaja atas muka bumi ini dan walaupun ianya paling mahal di dunia, ia hanya mampu mencapai kelajuan 304 km sejam sahaja.

Sumber : iluminasi.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*