Lelaki Baraikan Moto Kerana Disaman Tetapi Kekasihnya Tetap Akan Setia

Panas baran !! Benci pada lelaki yang panas baran . Ini kerana mereka melepaskan perasaan tekanan itu kepada individu tanpa berfikir baik dan buruknya. Ada di antara mereka mengalami panas baran dari tempat kerja. Seperti tekanan daripada pihak atasan, persaingan dalam urusan kerja dan prestasi kerja yang kurang memberangsangkan. Ada pula yang akibat si dia meminta sesuatu yang sukar untuk disediakan kerana kesempitan wang. Seterusnya, mengabaikan si dia, bersifat cemburu buta juga turut merimaskan si dia dan anda tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.

BENARLAH kata orang ‘cinta itu buta’ dan ‘cinta itu memerlukan pengorbanan’.

Barangkali itulah ungkapan yang menjadi pegangan Yuni Astuti, 17, kekasih kepada seorang pemuda, Adi Saputra yang kisahnya di daerah Tanggerang, Selatan Jakarta itu tular kerana merosakkan sebuah motosikal gara-gara disaman polis.

Tumpuan media kini diberikan terhadap pasangan ini, sama ada mereka akan meneruskan hubungan sebagai pasangan kekasih atau sebaliknya.

Menurut laporan media, Yuni dan Adi telah berkawan selama satu tahun.

Mereka bertemu di Pasar Moden BSD di Tangerang, lokasi di mana mereka berdua bekerja.

Adi bekerja di kedai kopi dan Yuni di gerai jus oren, secara kebetulan tempat video tular itu dirakam.

Menurut Yuni, dia juga berasa hairan berdepan situasi itu kerana teman lelakinya biasanya hanya akan diam apabila mereka bergaduh.

“Adi kalau marah dengan saya dia diam saja. Nanti kalau mood dia sudah baik barulah dia nasihatkan saya, kamu harus begini, jangan begini… seperti itu. Jadi kalau marah, dia diam,” kata Yuni memetik Kapanlagi, Ahad.

Yuni berpandangan, sikap baran dan kemarahan luar biasa Adi tercetus kerana rasa tidak puas hati terhadap pegawai polis yang menyamannya.

Adi, 21, ditahan kerana menunggang melawan arus jalan sehala berhampiran pusat pasar BSD pada Khamis.

Dia dinamakan sebagai suspek kerana melakukan perbuatan jenayah ke atas barang yang bukan miliknya apabila dia merosakkan motosikal Yuni.

Jika sabit kesalahan, Adi boleh berdepan hukuman penjara empat tahun.

Tetapi Yuni berkata dia sanggup menunggu Adi sehingga dia bebas.

“Mudah-mudahan Adi dapat cepat keluar.”Saya tunggu sampai dia bebas. Mudah-mudahan saya dapat setia menunggu,” katanya memetik Merdeka, Sabtu.

Video tular berdurasi kira-kira satu minit itu menyaksikan Adi dengan sikap baran dan kemarahan membuak-buak menendang, mengangkat, menghempas sebuah motosikal.

Lihat Video

Sepanjang dia mengamuk, seorang polis kelihatan tenang menulis saman tanpa melakukan tindakan lain.

4 Tips Mengenali Lelaki Panas Baran

Jom, baca tips mengenali lelaki panas baran

Tips Mengenali Lelaki Panas Baran:

1. Biarkan dia menunggu

Sebenarnya untuk membezakan lelaki itu panas baran atau tidak, bergantung kepada raut wajah serta sikapnya. Perhatikan perkara ini sewaktu anda keluar bersamanya tetapi terlewat tiba. Marahnya berapi-api seolah-olah perbuatan anda itu adalah satu kesalahan besar. Jika begini karakter lelaki, dia sebenarnya seorang yang panas baran kerana tidak sanggup menunggu pada satu kejadian kecil dalam hidupnya. Kalau lelaki yang panas baran, dia tentu akan menghamburkan kata-kata menyakitkan hati. Oleh sebab itu, anda harus berhati-hati dengan lelaki begini.

2. Minta dia mengajar sesuatu

Dalam mencari erti kesabaran, cuba perhatikan perkara ini juga. Mintalah dia mengajar anda sesuatu. Kalau kata-katanya agak pedas dan panas di telinga anda, itu tandanya dia seorang yang panas baran dan agak sukar berunding. Lelaki yang penyabar akan mengajar anda sehingga pandai tetapi lelaki panas baran akan mudah melenting bila anda tidak berjaya mengikut apa yang dia inginkan.

3. Lihat caranya melayan anak kecil

Umum mengetahui kanak-kanak banyak kerenah. Oleh itu sewaktu bersamanya, bawa sekali anak saudara anda yang masih kecil. Tinggalkan mereka dan lihat cara mereka menanganinya.

4. Cemburu atau tidak

Percaya atau tidak, lelaki yang panas baran biasanya seorang lelaki yang kuat cemburunya. Ada kalanya perbuatan cemburunya itu nampak mengarut tambah-tambah lagi cemburu pada hal yang remeh. Justeru itu sebelum membuat pilihan, kajilah semua sikap lelaki agar anda tidak menyesal di kemudian hari. Baran berkaitan dengan sikap dan semestinya sikap boleh diubah. Sebagai lelaki andalah khalifah kepada pasangan, justeru itu tunjuklah moral yang baik kepada pasangan.

Ini diantara tips yang dapat kita kongsikan bersama. Jika anda ada tips yang lain kongsikan bersama ya. Kalau dah tahu panas baran bagaimana nak atasinya? kita kupaskan dalam entri yang lain .

Kredit:Mstar & Xtra

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*