Kisah Lawak-Lawak Pendek

1. Menelefon Hospital Sakit Mental

Seorang lelaki menelefon hospital sakit mental lalu bertanya kepada Nurse di hospital itu adakah bilik Isolasi no. 17 ada pesakit mental didalam bilik itu? Nurse
kemudiannya terus memeriksa di bilik tersebut dan segera kembali ke talian telefon tadi dan memaklumkan lelaki ditelefon itu bahawa bilik itu tiada orang/pesakit. Lalu
lelaki di telefon itu pun berkata “syukur!! maknanya aku telah benar-benar berjaya melarikan diri kali ini”…

2. Belajar Bahasa Rusia

En. Sarip dan Pn. Kiah adalah pasangan suami isteri berumur 50an yang masih belum dikurniakan anak setelah 10 tahun berkahwin, setelah menunggu agak lama akhirnya
mereka dapat tawaran untuk mengambil anak angkat berumur 1 tahun dari rumah anak yatim. Setelah selesai proses pengambilan anak angkat tersebut, dalam perjalan balik
ke rumah mereka singgah ke sebuah kolej untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar dan mendaftarkan diri dalam kelas bahasa rusia. Semasa mengisi borang pendaftaran
kerani kolej tersebut bertanya kenapa belajar bahasa rusia, lalu mereka menjawab “kami baru saja mengambil anak angkat warga rusia, kami bimbang bila dia sudah dapat
bercakap nanti kami tidak faham apa anak angkat dia cakap nanti”…

3. Kisah Banduan di Penjara

Tiga orang banduan telah dikurung di penjara yang sama. Banduan pertama mengeluarkan harmonika dan meniup untuk menghilangkan rasa bosan di dalam sel mereka. Banduan
kedua pula mengeluarkan satu pek kad daun terup dan mengajak mereka bermain bersama bagi menghilangkan rasa bosan. Tapi banduan ketiga dengan yakin mengatakan itu
semua tidak akan menghilangkan bosan, lalu mengeluarkan satu pek Tuala Wanita. Banduan Pertama dan Kedua merasa bingung lalu bertanya tuala wanita itu untuk buat apa?
Dengan yakin banduan Ketiga menunjukkan tulisan pada pek tuala wanita itu yang bertulis “boleh digunakan untuk bermain tenis, berenang dan bermacam-macam lagi
aktiviti-aktiviti mencabar yang lain”.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*