Jom Ramai-Ramai Ucapkan Selamat Hari Jadi Kepada Dato Seri Dr Noor Hisham Abdullah Sebagai Tanda Penghargaan Kita Kepada Beliau Dalam Usaha Memerangi Wabak Covid 19

Siapa yang tidak kenal dengan wajah yang kacak ini yang selalu muncul dikaca Tv dan juga di Media Sosial ketika ini, bukanlah seoarang pelakon atau pun artis tapi namanya disebut-sebut bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara juga. Dialah Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (57) iaitu Ketua Pengarah Kesihatan yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Nama beliau menjadi tular kerana kesungguhannya dalam menangani dan memerangi wabak Covid-19 di negara kita, beliau juga muncul dipersada antarabangsa kerana dinamakan antara doktor terbaik dunia oleh saluran Tv China Global TV Network CGTN di atas usahanya dalam menangani wabak Covid-19. Beliau dan dua lagi doktor iaitu Doktor Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Doktor Ashley Bloomfield dari NewZealand telah dianggap sebagai hero negara masing-masing dalam usaha memerangi Covid-19 lapor CGTN.

Harini jatuh hari ke-35 kita semua menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia juga jatuh sebagai hari lahir kepada hero kita iaitu Dr Noor Hisham Abdullah pada tanggal 21/4/2020, beliau dilahirkan pada 21/4/1963 di Sepang, Selangor. Sebagai rakyat malaysia yang menghargai perjuangannya, marilah kita sama-sama mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada beliau dan sama-sama kita doakan semoga beliau sihat sejahtera dan juga panjang umur. Jika anda tidak keberatan, bolehlah terus ke laman facebook beliau iaitu Noor Hisham Abdullah bagi mengucapkan selamat hari jadi kepada beliau secara lebih dekat.

Beliau juga ada berpesan dalam satu video pendek semalam bahawa hadiah hari lahir yang paling istimewa buat beliau adalah supaya kita semua kekal dirumah dan menjaga kebersihan bagi menghapuskan rantaian Covid-19 ini. Sama-sama jugalah kita panjatkan doakan semoga wabak Covid-19 ini pergi meninggalkan kita dengan cepat supaya kita semua dapat menjalani kehidupan kembali seperti sediakala. Akhir kata dari admin, SELAMAT HARI LAHIR DR. NOOR HISHAM ABDULLAH, SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI DAN SIHAT SELALU. JASAMU AMAT KAMI HARGAI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

#dudukrumah
#kitajagakita
#getlostcovid19

28 Comments

  1. Wishing you a blessed birthday Datuk Dr Noor Hisham Abdullah and may God grant abundant blessing to you, your families and all your front liners staff for their fantastic effort to fight again Covid 19. With God blessing, we will defeat Covid 19 soonest

  2. Selamat hari lahir datuk Dr Noor Hisham Abdullah semoga sihat selalu dan diberi kesihatan yang baik oleh Allah.

  3. Sanah Helwah.. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Semoga sentiasa dalam peliharaan Allah, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia & sentiasa diberkati Allah… Terimakasih Datuk & pasukan. Hanya Allah yg boleh membalasnya…

  4. Sanah helwah datuk. Semoga Datuk sentiasa dlm rahmat Allah. Tahniah atas kesungguhan datuk memerangi wabak covid 19

  5. selamat hari lahir, terimakasih & maaf utk segalanya kpd DDNHA@KPK + KKM + PDRM + ATM + kerajaan pusat + kerajaan negeri & semua yg terlibat, Insyaallah kita dirahmati Allah SWT

  6. SELAMAT HARI LAHIR DR. NOOR HISHAM ABDULLAH, SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI DAN SIHAT SELALU. JASAMU AMAT KAMI HARGAI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

  7. Selamat ulang tahun kelahiran dato..semoga sihat selalu, dilimpahkan rezeki dan sentiasa di bawah lindunganNya..
    Terima kasih
    You stay at work for as
    We stay at home for you..

  8. Selamat Hari Jadi yg ke 57 Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, semoga Datuk dirahmati & dilindungi oleh Allah SWT senantiasa & terus berkhidmat dgn KKM dgn cemerlang nya. Syabas Datuk, kami semua sayang Datuk๐Ÿ˜๐Ÿ‘๐Ÿ˜

  9. Happy birthday Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Semoga diberkati usia datuk & dipermudahkan urusan dunia/akhirat, aamiin. ๐ŸŽ‚

  10. Sanah helwah Tuan dr noor hisham.. Semoga dirimu sentiasa dirahmati dan dipermudahkan segala urusan muliamu membantu kami rakyat malaysia khasnya terutama dalam memerangi covid19

  11. Allah selamatkan Dato
    Allah selamatkan Dato
    Allah selamatkan Dato Seri Dr Noor Hisham Abdullah
    Allah selamatkan Dato..

    Selamat hari lahir,semiga sentiasa di dalam lindunganNya,dirahmati perjalanan kehidupanmu,diberi kebahagiaan dunia dan akhirat.

    Sesungguhnya kamu adiwira yg berjasa kepada agama,negara dan tanahair tercinta.

    Semoga Allah memanjangkan usiamu dan kemurahan rezeki buat Dato seisi keluarga.

    #kitapastimenang
    #kitajagakita
    #covid19akanjadisejarahbuatdunia
    #kamisayangkamu

  12. selamat hari lahir Dr noor hisham.. semoga diberi kesihatan yang baik.. hanya tuhan yg akan membalas jasa baik tuan pada rakyat malaysia

  13. SELAMAT HARI LAHIR DR NOOR HISHAM SEMOGA PANJANG IMUR, DIMURAHKAN REZEKI DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.SELAT BERBAKTI KEPADA RAKYAT.

  14. Sanah Helwah to our hero Datuk Dr.Noor Hisham..semoga Dr..sentiasa dibawah Dakapan payung Rahmat Allah..God Bless you Datuk ๐Ÿคฒ๐Ÿปโค๏ธ๐Ÿฐ

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*