Jihan Muse Buat Parodi Lawak Anaknya Bahenol Bahenol

Sejak akhir-akhir ini, industri seni Malaysia telah mendapat perkhabaran gembira apabila semakin ramai selebriti ternama memilih untuk berhijab sepenuhnya menjelang tahun 2019 ini.

Dan antara yang paling latest adalah penghijrahan hos dan pelawak terkenal, Jihan Muse ketika dia bercuti bersama keluarganya di Jepun dan mendapat sokongan daripada ramai pihak terutamanya para peminat.

Menerusi posting terbaru di laman IG miliknya, Jihan tampil dengan imej terbarunya itu dan membuat parodi terhadap sebuah babak daripada animasi Si Nopal, iaitu siri animasi terkenal dari Indonesia. Sejak awal tahun ini, animasi itu semakin mendapat tempat dalam kalangan penonton di Malaysia kerana sangat lucu.

Jihan Muse jadi Cute Girl.

Terdahulu, penyanyi dan juga Bintang Paling Popular BH 2018, Wany Hasrita turut pernah menyanyikan lagu berkenaan di IG Story miliknya.

Ternyata video comeback daripada Ratu Parodi selepas sekian lama tidak muncul di rancangan MeleTop itu mendapat sambut4n yang hangat daripada para pengikutnya di laman sosial.

Jihan buat parody aku terhibur… Tadi tertengok wani hasrita punya.. Terus murung

Waahh malaysia kena hati hati tau..nnti jgn sampai indon kecam..ni lagu indon..😂😂 jgn sampai dorang ckp malay claim

Msalahnya kenapa buat muka mcm (x) tkde idea sgt nk reka😂

Kemurungan tengok katun nie..gelak anak2 saya..

Jihan pki tudung cntik lain terus muka.

Terdahulu Jihan Muse yang kini tampil mengenakan tudung mendapat pujian pelbagai pihak. Malah para peminat turut memuji penampilan terkini pengacara berkenaan selain ramai yang memuji dirinya yang tampak lebih sopan dan ayu seiring statusnya sebagai ibu kepada seorang cahaya mata.

Menerusi Harian Metro, Jihan mendedahkan kunjungannya ke Palu, Indonesia yang terjejas teruk akibat gegaran dan baru-baru ini benar-benar memberi kesan buat dirinya.

Dia serta beberapa rakan selebriti lain terlibat di dalam suatu misi kemanusiaan di lokasi berkenaan.

Foto: Instagram Jihan Muse via Tribune Malaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*