Isu Aliff Syukri Terlepas Cakap Warna Kulit Belum Selesai Dan Pihak Santesh Bertemu Peguam

ISU keterlanjuran kata usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri masih belum berkesudahan apabila penyanyi Santesh memaklumkan pihak syarikat rakamannya iaitu PU4LYF telah mengadakan perbincangan dengan peguam berhubung perkara itu.

Ia berikutan tindakan Aliff membuat kenyataan memalukan mengenai warna kulit penyanyi tersebut semasa konsert suku akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5), pada 4 November lalu.

“Pihak label tidak berpuas hati dengan perkataan yang dikeluarkan oleh Datuk Aliff Syukri semasa selingan program tersebut.

“Jadi mereka ada bertemu dan berbincang dengan peguam, tapi saya tak boleh nak cakap lebih sebab ia membabitkan pihak label,” kata penyanyi lagu Amalina ini kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Santesh tidak menyatakan dengan jelas butiran perbincangan di antara kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, lelaki berusia 30 tahun ini berkata dia tidak menyimpan dendam dan bersedia bertemu usahawan tersebut.

“Saya tak ada masalah dengan Datuk Aliff sebab saya pun memang dah lama mengikutinya di Instagram dan sudah biasa tengok dia bercakap. Cuma malam itu, saya tak tahu apa niat dia.

“Sejujurnya, masa malam kejadian saya tak dengar apa dia cakap sebab bunyi dari atas pentas tak berapa jelas sehinggalah peminat beritahu di Instagram.

“Kalau perlu bertemu dengannya selepas ini saya okay sahaja, tak ada masalah,” katanya.

Sebelum ini, Aliff mengundang kontroversi apabila ingin memberikan produknya kepada seorang wanita yang dilabelkan ‘hodoh’.

Dalam selingan promosi produk D’herbs itu, dia turut menyebut mengenai warna kulit penyanyi Santesh.

Bagaimanapun, Aliff sudah membuat permohanan maaf ketika konsert itu bersiaran langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

SUMBER : MSTAR

1 Comment

  1. Setitik nila susu sebelangga hbis rosak
    ..hnya kesilapan sekecil zarah jaa…dikecam di maki hamun oleh netizen…pada hal dato dh mhon maaf scra live di gv dn instagram beliau..mnusia smua xsmpurna dan xlari dri kesilapan…jgn la menghukum org sesuka hati pada hal dri sndri pn xsmprna sperti malaikat..jgn belagak dri tuu perfect sperti malaikat…nma pn xsengaja dato gurau jnis kasaq skit tuu pn slah kaa…bkn dya menghina gurau jaa pn dn trlepas ckap jaa…urusan dato dgn allah dh selesai dya dh mntak maaf dh lepas dh tnggong jawab dya..cma kta jaa sma ada nk maaf atau pn x itu urusan kta dgn allah…hnya kesilapan sedikit saja dato alif di kecam terok dn di terpias datin plk tuu sehingga mereka brsa dri tu hina di mata org dn berasa yg amt tertekan dgn netizen…kta hnya mnusia biasa bkn bagus mna pn xpayah laa maki hamun kta ikut dan jaa kata kt dato ..kita xddok tmpt dya kta xdpt rsa apa yg dya rsa..di sebab kn benda kecil tuu jaa dato lebih kena terok lgi..maaf kan laa dya sedang kn nabi pn maaf kn umat nya..xelok klau nk belaga dato dgn org lain dn bgi hangat lgi isu ini.sblom nk kta dkt org cermin dlu dri sndri sblom cermin kn org lain…zaman lani bab mengata mengutuk menghina no1..kmbali laa ke jalan benar ..kita yg dok maki hamun dya kta yg dosa bnyk slgi org yg dok maki hamun dato tuu..selagi xmntak maaf kt dya xtau laa dkt akhirat nnti…jnji dato dh mntak maaf..jgn laa mnghukum org..mngkin hari ini hari dato alif..kita xtau esok lusa hri kita plk …apa yg di rasai dya pasti kta akan rasai blik apa yg dya kna trima dn redho..allah maha adil..hari pembalasan akan ad suatu hri nnti..so jgn laa dok maki org sesuka hati jaa..binatang lbih baguih dri mnusia…binatang blh pham mnusia knpa manusia xblh pham manusia..binatang pn pndai hargai tuan dya…knpa kita xblh nk hargai sesama sndri..so jgn dok mngata jaa lbih baik zikir dn solat lbih baik dri dok hina dn mngata org lain..
    #alifsyukriterlajaklaris
    #dherbsterlajaklaris
    #terlajaklaris
    #gegarvaganza
    #jgndokmengata
    #ingatallahselalu
    #biarapaorgnakkata

1 Trackback / Pingback

  1. Isu Aliff Syukri Terlepas Cakap Warna Kulit Belum Selesai Dan Pihak Santesh Bertemu Peguam – 100

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*