Isteri Percaya Pada Suami Lambat Sebab OverTime Rupanya Ada Hubungan Sulit Dengan Officemate.

Dalam sesebuah perhubungan, jujur dan percaya merupakan antara elemen yang sangat penting untuk menjamin keharmonian rumahtangga. Namun, janganlah pula pasangan mengambil kesempatan diatas kepercayaan yang diberi dengan berlaku curaang. Seperti kisah yang dikongsi ini, suaminya kantoi curaang dengan rakan sekerja sendiri. Lagi menjijiikkan apabila melihat gambar berziina mereka, siap ada voice message lagi! Ziina sudah jadi kewajipan buat mereka berdua

ASALKAN KAU BAHAGIA
Aku amat mencintai suamiku, meski dia bukan cintaku yang pertama. Awal pernikahan segalanya indah. Dia menjanjikan bulan dan bintang. Setia…sampai ke akhir hayat. Aku amat percaya. Demi ALLAH aku amat mencintainya. Justeru DIA mengujiku dengan kecuraangan suami. ALLAHU AKHBAR.

Dalam tempoh aku menjadi kekasih halalnya, dia turut punya kekasih gelap di luar sana. Officemate. Suatu hari, suami terlelap. Dia lupa OFFkan hpnya. Hp pula asyik bergetar. Vibrate. Entah berapa kerap. Hati tergerak nak tengok sebab debar di dada tiba-tiba terasa. Wasap dari seorang perempuan. Tapi nama yg dia save itu lelaki! Mustahil lelaki ajak hisaaap ‘barang atas bawah dia’. Aku skrol ke bawah semua whatsapp dari perempuan itu dan suamiku. Gambar b0gel mereka… Gambar ziina mereka… Voice msg masa mereka berziina. ALLAHU AKHBAR. Hancur luluh hatiku. Terduduk aku dibuatnya.

Aku tak sangka suami yg aku percaya ibliis rupanya. Dia sudah terlalu jauh tersasar. Terlalu enak mengusung dosa besar. Ziina sudah jadi kewajipan buat mereka berdua. Dan dosa mereka ini sudah berlarutan sejak setahun lalu, ketika aku baru bergelar isteri! Aku akui. aku bukan isteri yg gemar mencari kesalahan suami. Aku percaya. jika suami berbuat salah, pasti ALLAH akan gerakkan hati ini untuk tahu. Itulah NALURI. Selama ini aku tumpahkn sepenuh percaya. Aku percaya dia balik lambat kerana overtime. Tapi rupanya overtime ziina!

Apa salah saya? Apa kurang saya?
Mulai saat itu, aku tetap berlagak biasa. Dan suami pun terus dgn lakonannya yg paling hebat untuk abad ini. Memang layak dapat Grammy Award. Sehinggalah suatu hari, aku mengajak empat orang kawan baikku ke pejabat suami. Dua lelaki dan dua perempuan. Aku pergi tanpa pengetahuan suami.

Sampai sahaja, aku terus tanyakan nama perempuan itu. Kutunjukkan juga gambarnya yg dikirim kepada suamiku sbg kepastian, agar aku tidak tersilap orang. Akhirnya, bertemu empat mata. Aku lihat ekspressi terkejut pada wajahnya yg bermake up tebal itu. Kenal ke pada aku? Hah, mungkin. Kecut perut kot.

Tanpa banyak cakap, aku tarik tangannya. Terpinga-pinga dia. Staf lain kiri kanan tertoleh-toleh kehairanan. Terus kubawa perempuan itu ke meja suamiku sambil diekori kawan-kawanku dan staf lain. Segala soalan perempuan itu aku tak jawab. Aku pekakkan telinga. Di hadapan suamiku, dengan tenang, sambil disaksikan oleh semua orang, aku berkata… “Saya pinangkan kekasih abang ini untuk abang…supaya kalian tidak terus terjerumus ke kancah ziina.”

Suamiku terketar-ketar. Sekejap saja dia menangis dan melutut di depanku! “Maafkan abg, syg. Abg salah….” “Apa salah saya? Apa kurang saya? Apa dosa saya sampaikan abg tergamak menipu saya. Curaang pada saya…” Terus terang, saya jijiik! “Syg dah cukup sempurna…” “Tipu! Kalau saya ni dah cukup sempurna, mengapa abg curang kepada saya?!” “Abg mengaku salah…”

“Setakat bercinta mungkin saya boleh terima. tapi. kalian hanya kurang akad dan nikah sahaja. selebihnya, kalian dah bergaul macam suami isteri. Terus terang, saya jijiik!” Hatiku yg sudah amat terluka ini takkan mungkin terpujuk lagi dgn pengkhianatan sebesar itu. Berziina kot! Bukan sekali. Berkali-kali. Yg haram dipuaskan. Yg halal ditipu tipahkan.

“Izinkan saya pulang ke rumah mak ayah saya. Dan…selamat pengantin baru.” Air mataku jatuh saat berlalu pergi. Aku sempat mengucup tangannya. Kau takkan tahu, betapa sakitnya hati yg dilukai. Betapa seksanya cinta yg dikhianati. Setahun sudah berlalu. Aku bahagia kini. Lebih bahagia berbanding sebelumnya. Ada rahsia dan hikmah, mengapa DIA tidak memberikanku zuriat. Aku kini sedang menyambung pengajianku dalam ph.D. Alhamdulillah.

Statusku? Ya. Aku janda. Dan bekas suamiku kini meroyan. Dia hendak kembali kepadaku. Benar. Aku amat cintakannya. Aku amat kasihinya. TAPI itu dulu. Maaf, bekas suamiku. Aku harap kau tahu, yang aku takkan jilat ludahku balik. Berbahagialah dengan pilihanmu itu.

Nota:
Apakah susah untuk setia? Org yg curang adalah org yg kufur nikmat kerana tak tahu bersyukur. Apatah lg untuk mghargai. Amanah yg diberi disia2kn. Yg haram dibangga2kn. Yg halal tidak diendahkan. Itulah…bakal penghuni neraaka.

Kredit: Ekisah

1 Trackback / Pingback

  1. Isteri Percaya Pada Suami Lambat Sebab OverTime Rupanya Ada Hubungan Sulit Dengan Officemate. – 100

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*