Individu Ini Terkejut Lihat Matahari Kedua Dan Ahli Teori Tampil Memberi Penjelasan

MENERUSI satu video tular, seorang lelaki sedang membuat rakaman matahari terbenam sebelum dia terlihat satu lagi objek yang turut kelihatan seperti matahari.

Dalam rakaman itu, matahari sedang terbenam dan ia disaksikan beberapa individu yang berada di sebuah pantai.

Namun, kehadiran satu lagi objek yang didakwa planet itu ternyata menimbulkan persoalan ramai.

Menurut individu yang memuat naik video berkenaan ke saluran The TR3b Black Manta, objek berkenaan adalah Planet X atau Nibiru.

Nama planet berkenaan sebelum ini pernah menjadi bualan hangat setelah kewujudannya diperkatakan oleh beberapa ahli teori.

Kata mereka, planet itu memasuki ruang angkasa dan bakal melanggar bumi sehingga menghapuskan seluruh manusia.

Menurut ramalan, ia dikatakan akan melanggar bumi pada 2017. Namun, ramalan itu ternyata meleset.

Baru-baru ini, satu cahaya seperti api di sebalik awan dikesan di Amerika Syarikat (AS), sekitar Oktober lalu.

Cahaya berkenaan turut dikaitkan dengan planet Nibiru yang turut disifatkan seperti matahri kedua. – Daily Star.

Perlanggaran Nibiru

Perlanggaran Nibiru atau tabrakan Nibiru merupakan pertemuan Bumi dengan objek planet besar (sama ada perlanggaran ataupun hampir-hampir berlanggar) yang dipercayai sesetengah pihak akan terjadi pada awal abad ke-21. Penganut peristiwa ini menyebut objek yang mendekati Bumi itu sebagai Planet X atau Nibiru.

Idea ini pertama kali diusulkan oleh Nancy Lieder tahun 1995. Lieder menyatakan dapat menerima pesanan dari makhluk ruang angkasa dari sistem Zeta Reticuli.

Ia memperingati manusia bahawa benda tersebut akan melewati Sistem Suria pada Mei 2003 (kemudiannya diubah menjadi 2010), menyebabkan pergeseran kutub bumi yang akan menghancurkan peradaban umat manusia. Ramalan perlanggaran ini menyebar di luar laman sesawang Lieder ZetaTalk, dan dipercaya oleh kumpulan-kumpulan yang menghubungkan perlanggaran Nibiru dengan ramalan kiamat 2012.

Walaupun nama “Nibiru” berasal dari karya Zecharia Sitchin mengenai astronaut kuno, Sitchin sendiri membantah hubungan antara karyanya dengan bencana yang akan datang.

Usul bahawa objek sebesar planet akan melanggar Bumi pada masa depan tidak didukung oleh bukti ilmiah dan dianggap sebagai pseudosains. Namun, ketakutan akan perlanggaran Nibiru menyebabkan kerisauan pada penduduk awam.

SUMBER : MSTAR & WiKiPedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*