Foto Seorang Lelaki Yang Memerhati Anaknya Menikmati Hidangan Di Restoran Makanan Segera Menjadi Tular.

Si ayah hanya memerhati kedua anak perempuannya makan tanpa memesan atau menyentuh hidangan dari kedua puterinya itu.
Foto itu dimuatnaik oleh pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Jhunnel Sarajan dan telah dikongsi oleh puluhan ribu pengguna Facebook yang lain.

Foto tersebut difahamkan diambil di sebuah restoran segera bernama Jollibee, Filipina dan mendapat perhatian wartawan tempatan.

Lelaki dalam gambar tersebut yang dikenali sebagai Ryan Arebuabo, menyara hidup dirinya dan keluarga dengan hanya menjual jagung rebus di kawasan kejiranan sejak empat tahun yang lalu namun kini dia tidak dapat meneruskan perniagaan jagungnya itu kerana diserang strok.

Kini, dia hanya bekerja sebagai penjual makanan ringan dan gerai yang digunakannya sekarang adalah ihsan dari badan kebajikan. Setelah diselidik latarbelakang lelaki ini, rupanya dia adalah seorang bapa tunggal. Si isterinya telah meninggalkan dirinya dan juga membawa sekali kedua anak perempuan mereka tetapi Ryan berjaya melawan untuk mendapatkan hak jagaan.
Kini Ryan mampu menyediakan segala kelengkapan, pendidikan dan keperluan untuk anak-anak perempuannya itu. Dia mendapat bantuan kewangan sebanyak RM500 sebulan dan mendapat hasil dari jualan makanan segeranya sebanyak RM30 sehari.

Ryan Abobuebo in Tondo Manila is a stroke victim who is trying to make a difference in the lives of his two daughter. Jonathan Cellona, ABS-CBN News

Ryan memberitahu ketika foto itu diambil, dia membawa kedua anaknya ke restoran Jollibee untuk meraikan anaknya yang bernama Rosa, yang akan tamat pengajian tadika.

Riak muka Ryan menggambarkan dia pun turut gembira melihat kedua anak perempuannya itu menikmati hidangan walaupun dia tidak memesan apa-apa makanan untuk dirinya.

 

Sumber dari Siakap Keli, ABS-CBN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*