Fattah Amin Ditegur Oleh Pendakwah Tetapi Akhirnya Pendakwah Itu Pula Minta Maaf Dengan Fattah

PELAKON popular Fattah Amin tersinggung apabila seorang pendakwah telah membuat teguran terbuka terhadap dia dan isterinya pelakon Fazura tanpa sebarang usul periksa.

Fattah menerusi laman sosialnya berkata, pendakwah berkenaan tidak sewajarnya membuat penilaian tanpa ulus periksa.

“Walaupun ini bukan kali pertama kami menjadi mangsa fitnah tetapi kali ini ianya berbeza dan menyinggung perasaan kami kerana fitnah itu seolah-olah telah diberi layanan istimewa oleh seorang “pendakwah” yang gagal membuat usul periksa yang sewajarnya.

“Apalah salahnya jika kami dihubungi terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian?” soalnya.

Fattah mengulas tentang kenyataan seorang pendakwah terhadap laporan akhbar berkaitan video muzik terbaharu isterinya Fazura Cant Forget Me yang bakal dilancarkan minggu depan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali, kami bersyukur kepada Allah SWT diatas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada kami berdua, khasnya selepas mendirikan rumahtangga setahun yang lalu. Kami anggap ramai yang sudah sedia maklum dengan fitnah yang mula tular sejak semalam khususnya di media sosial. Walaupun ini bukan kali pertama kami menjadi mangsa fitnah tetapi kali ini ianya berbeza dan menyinggung perasaan kami kerana fitnah itu seolah-olah telah diberikan layanan istimewa oleh seorang “pendakwah” yang gagal membuat usul-periksa yang sewajarnya. Apalah salahnya jika kami dihubungi terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian? Wajarkah fitnah itu dijadikan bahan populis dalam akaun media sosial beliau serta mengundang pelbagai cercaan fitnah terhadap kami? Kami doakan agar “pendakwah” tersebut diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk mampu berdakwah serta membimbing kami dan masyarakat dengan lebih baik melalui kaedah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Terdapat ramai ilmuan Islam lain yang kami kagumi dan wajar contohi.

Kami bersyukur kerana ramai yang telah tampil menyanggah fitnah tersebut serta saksi acara yang menyatakan perkara sebenar melalui pelbagai saluran. Kami amat berterima kasih kepada para peminat yang sentiasa memberikan sokongan dan menegakkan kebenaran bagi pihak kami dalam pelbagai cara. Kami berbangga dengan rakyat Malaysia samada Islam atau bukan Islam yang semakin matang dalam membuat penilaian, mampu membezakan perkara yang benar dan salah, bahkan menyatakan pandangan tinggi mereka terhadap Islam tidak dijejaskan keghairahan populis serta tidak bertanggungjawab segelintir pihak. Inilah antara nikmat yang akan sentiasa kami syukuri kerana dikelilingi oleh mereka yang penyayang dan sering mengambil berat tentang kami. Terima kasih. “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah Al-Hujurat, Ayat 6).

Pendakwah berkenaan iaitu Pencetus Ummah Syed telah membuat teguran secara terbuka menerusi laporan sebuah akhbar yang mendakwa aktor tersebut meluluskan adegan seksi dalam klip video itu.

Pelakon tersebut turut menganggap tindakan pendakwah tersebut telah mengundang cercaan fitnah terhadap mereka suami isteri.

“Wajarkah fitnah itu dijadikan bahan populis dalam akaun media sosial beliau serta mengundang pelbagai cercaan fitnah terhadap kami? Kami doakan agar “pendakwah” tersebut diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk mampu berdakwah serta membimbing kami dan masyarakat dengan lebih baik melalui kaedah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Dalam pada itu, Fazura menerusi laman sosial memberitahu terdapat kesilapan pada laporan berkenaan.

“Pembetulan, tiada istilah Fattah luluskan beraksi seksi dalam klip video saya. Yang dinyatakan hanyalah ayat sexy dalam lirik saya. Kenyataan ini tersasar dan mengelirukan,” ujarnya.

Sementara itu, pendakwah berkenaan menerusi laman sosialnya memohon maaf terhadap teguran yang hanya berdasarkan laporan yang dibaca menerusi akhbar berkenaan.

“Kepada penyokong Fattah dan Fazura tiada sekelumit rasa dalam hati saya untuk melaga-lagakan antara suami isteri ini. Ianya adalah respon saya untuk menegur, bukan sahaja kepada pasangan ini tetapi suami-isteri di luar sana,” ujarnya.

Kredit:MSTAR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*