Fasha Sandha Ditegur Oleh Orang Ramai Kerana Photoshootnya Terbarunya.

Bukan mudah untuk bergelar artis popular, setiap kelakuan dan penampilan mereka pasti akan menjadi tumpuan orang ramai. Pendek kata, ada sahaja pihak yang akan mencari kesalahan dan mempertikaikan setiap apa yang dilakukan oleh seseorang artis.

Video Penuh Di Akhir Artikel Ini

Baru-baru ini pelakon Fasha Sandha dikecam teruk oleh netizen yang kurang senang melihat beliau memuat naik photoshoot dirinya  di Instagram.

Rata-rata netizen memberikan teguran berkaitan penampilannya itu yang dikatakan sudah semakin seksi berbanding sebelum ini dan tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang ibu. Menurut netizen, mereka hanya ingin Fasha memberikan contoh terbaik buat orang ramai.

Ada kalanya netizen ini cepat menghukum dan mengecam orang lain, namun tidak ada salahnya juga jika Fasha dapat menerima sesetengah teguran dengan hati yang terbuka dan mengambilnya sebagai satu perkara yang positif. Apa pendapat anda?

Fasha Sandha Dilamar & Akan Berkahwin?

Baru-baru ini, pelakon Fasha Sandha telah berkongsi kisah lamaran seorang pemuda di Instastory beliau. Cuba nasib ke tu @shamsul_ajmal ? :p Nampaknya, komen tersebut menarik minat Fasha untuk membalasnya.

“ Pagi-pagi Jumaat budak 18 tahun dah ajak kahwin…Haih.

“ Apa pun terima kasih sebab ada keinginan nak kahwin dengan kakak yang dah tak berapa muda ni dik oiii,” tulis Fasha di Instagram.

Tambah pelakon berusia 34 tahun itu, dia menasihatkan agar lelaki itu belajar terlebih dahulu dan membantu keluarga sebelum berfikir tentang perkahwinan.

“Adik… baru 18, jangan la ajak kakak kahwin. Belajar dulu OK. Tolong keluarga awak dahulu,” katanya.

Tidak mengambil serius mengenai komen itu, Fasha sebaliknya berterima kasih kepada remaja berusia 18 tahun itu kerana mempunyai keinginan untuk berkahwin dengannya.

Fasha kini sedang berkawan rapat dengan aktor Aidil Aziz dan pelakon itu memberitahu mereka sudah bertemu keluarga kedua-dua belah pihak. Aktres itu memberitahu mereka berkawan baik sejak Aidil, 31, bergandingan dengannya untuk sitkom ‘Mamu Mami Gosip’ pada awal tahun ini.

Jaga-jaga ya dik, Abang Aidil Aziz serang nanti! Atau mungkin adik ini masih belum tahu bahawa Fasha sudah berpunya…?? Opsss… Apapun Hangat.com ingin mendoakan kebahagiaan untuk Fasha & Aidil. Jangan tunggu lama-lama ya, nanti diambil orang.                                                                                                                                                      videopenuhclickdibawah

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*