Dulu Dipandang Rendah Kerana Selekeh Dan Tidak Pandai Bergaya Namun Setelah Dewasa Gadis Ini Tampil Berbeza Buat Ramai Orang Teruja

Pernahkan anda melihat perempuan yang kelihatan selekeh pada suatu masa dahulu semasa zaman kanak-kanak dan awal remaja tiba-tiba berubah menjadi sangat cantik apabila sudah dewasa?

Sebenarnya, ini bukanlah sesuatu yang menghairankan sebab biasalah, dulu waktu kecil-kecil, tidak ramai yang pentingkan kecantikan diri mereka ataupun tidak ambil kisah sangat.

Wanita dibawah ialah salah satu contoh terbaik di mana dulunya kelihatan selekeh dan seperti tidak pandai bergaya boleh menjadi sangat cantik apabila sudah dewasa dan pandai bergaya.

Gambar Masa Muda Nampak Selekeh je

Bila dah besar, sekali pehh meletop. pasti ramai lelaki masa zaman sekolah beliau menyesal kerana tidak mengorat wanita ini.

Lihat foto seterusnya:

Ayunya muka buat ramai lelaki bergetar tulang rusuk, tampil dengan gaya bertudung tapi simple, mesti ramai mahu mengenali gadis ini bentuk badan kurus dan panjang macam model.

Cantikkan orangnya?

Petua Lengkap Semulajadi, Penjagaan Wajah Buat Wanita Cantik Berseri

Sebenarnya, waktu kulit wajah tengah eloklah lagi nak dijaga. Kalau dibiarkan je tak terjaga, jangan nanti gundah gulana pulak, bila lihat kulit wajah mulai tampak kusam, tak berseri, ada garisan halus, parut jerawat dan jeragat pula jelas kelihatan. Semuanya salah sendiri.

Nak jaga kulit wajah tak susah mana.Wajah boleh kembali berseri biarpun tanpa solekan boleh saja menggunakan bahan-bahan semula jadi. Lagi pula, tiada jalan ‘shortcut’ nak nampak cantik. Nak cantik memang wajib kena USAHA macam-macam cara yang serasi dan paling penting kena rajin. Ikut petua lengkap penjagaan wajah ini.

BUAH Timun Sebagai Pencuci Muka
Gunakan air pati timun sebagai pencuci muka semula jadi. Air yang dihasilkan dari buah timun dapat membantu menghaluskan dan menegangkan kulit muka.

Caranya:Hanya perlu kisar buah timun dan masukkan sedikit air. Cuci muka seperti biasa dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Kulit wajah rasa lebih bersih, segar dan sejuk dengan pati buah timun tersebut.

BUAH Tomato Sebagai Toner (Penyegar)
Buah tomato bertindak sebagai skin toner atau penyegar wajah. Buah Tomato mampu membantu merawat jerawat, jeragat dan kulit kusam.

Caranya:Kisar beberapa biji tomato sehingga menjadi pes. Ambil pes dan tekap pada muka selama 10 minit atau bahagian kulit yang tidak sekata.Jika dilakukan setiap hari, ia akan mengecilkan pori-pori di muka menjadikan kulit lebih licin.

BUAH Lemon Sebagai Masker Kurangkan Parut
Buah Lemon miliki khasiat tersendiri untuk kecantikan wajah. Enzim didalam jus lemon membantu membuang sel-sel mati pada kulit secara tak langsung mengurangkan warna parut ,melembutkan serta melicinkan kulit wajah. Jus buah lemon ini bagus digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.

Caranya:Campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas yang berisi putih telur. Gaul hingga sebati dan sapu pada muka seperti mask. Biarkan 10 minit dan bilas. Lakukan sekali atau dua seminggu.

BUAH Sengkuang Untuk Lembabkan & Cerahkan Wajah
Masalah kulit wajah kering dan tona warna gelap tidak sekata boleh diatasi dengan menggunakan buah sengkuang.Selain memutihkan, mencerahkan, menghilangkan bintik hitam (blackhead), sengkuang juga dapat menegangkan kulit agar kelihatan awet muda.

Caranya:Kupas buah sengkuang (pilih buah yang bersaiz kecil) kemudian parut dan oleskan pada wajah. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu bersihkan dengan air. Lakukan satu atau dua kali seminggu.Hasilnya kulit wajah lebih lembab dan jadi lebih cerah.

BUNGA Mawar Untuk Hilangkan Lebam Bawah Mata
Bunga mawar tinggi kandungan vitamin C. Ia dapat mengatasi kekeringan dengan melembapkan kulit dan mengatasi kulit yang kemerahan akibat terdedah dengan sinaran matahari. Mawar juga berfungsi untuk mendinginkan kulit, mengecilkan pori-pori dan paling penting mampu menyamarkan lingkaran hitam dibawah mata.

Caranya:Rendam lebih kurang 8 kelopak bunga mawar dalam 3-4 sudu air selama 2-3 jam. Kemudian hancurkan kelopak bunga mawar tersebut di dalam air rendaman dan tambah 3 sudu madu. Campurkan hingga sebati dan sapukan pada seluruh muka. Biarkan selama 15-30 minit. Bilas dengan air sejuk.

Jadi Jangan pandang hina atau pandang sebelah mata jika waktu kecil wanita itu tidak comei atau selekeh. Tunggu bila dia dewasa bila pandai melaram pasti akan meletop!! Sekian Like dan share page kami Kucing Hitam

Sumber memorikini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*