Dengan Modal Hanya RM2K Wanita Ini Berjaya Ubah Suai Rumah Dalam Masa 24 Jam.

Pernah terfikir untuk ubah suai rumah pada harga bajet?

Bunyi macam mustahil. Mana tidaknya, segala kos peralatan rumah bagi tujuan ubah suai pasti akan menelan kos yang tinggi. Senang kata, kalau ada duit baru jadi. Tak ada duit, tak payahlah berangan.

Tapi, sebenarnya tanggapan itu tidak benar.

Seorang wanita di FB telah berjaya mengubah suai terataknya daripada “eew” kepada “wow” dengan modal RM2,000 sahaja. Serius macam tak percaya!

Gambar halaman rumah sebelum diubah suai.

Wanita yang dikenali sebagai Mcyahh Joanjetttelah berkongsi serba sedikit tentang cara beliau mengubah suai kediamannya kepada konsep mewah klasik dengan kreativiti serta bajet yang minimum.

Mana tahu boleh dijadikan inspirasi untuk anda yang dah pasang niat untuk ubah suai rumah, kan?

Sebelum itu, jom tengok dulu ruangan rumah wanita ini sebelum diberi sentuhan transformasi mewah klasik.

Bahas wanita ini, “Ada 3 keajaiban bila rumah sedap mata memandang. Suami yang selalu keluar lepak akan jarang keluar rumah, kasih sayang juga akan bertambah erat, dan anak-anak juga sudah tidak menyepahkan rumah.”

Selain itu, dia juga berkata bahawa sanak saudara yang datang juga rasa lebih selesa dengan ruang yang lebih besar dalam rumah mereka.

Katanya lagi, “Keadaan rumah sangat mainkan peranan dalam rumah tangga. Sesungguhnya hubungan kami suami isteri dan anak-anak jadi lain. Rasa macam baru kahwin. Ia bernafas baru. Besar kecil rumah bukan isu nya. Kami orang biasa, deko pun biasa, semampu boleh asalkan kemas dan menarik.”

Taraaaa! Fuuhh, memang cun habis selepas diubah suai!

Barangan rumah serba putih berseri. Nampak lebih kemas!

Menurutnya, beliau memilih untuk membeli barangan rumah dengan kos yang minimum.Untuk palang letak bunga, hanya RM25 yang dibeli dari IKEA manakala rak kasut pula hanya RM150 juga dari IKEA.Harga itu adalah termasuk cas upah. Kalau beli sendiri lagi murah tetapi personal shopper akan ambil cas sekitar RM5 sehingga RM30 setiap barang.Lihat bagaimana wanita ini menaikkan lagi ‘seri rumah’ dengan barangan yang serba putih!

Ruang tamu selepas diubah suai. Cantiknya!

Karpet RM95 (ala ikea), lantai tikar getah biasa yang berharga RM230 segulung untuk sebuah rumah.

Cermin RM68 untuk 10 biji dari IKEA.

Cermin itu ditampal sendiri dengan menggunakan double tape sahaja.

Sofa bed yang boleh digunakan untuk tidur atau chill sambil tengok TV.

Sofa bed hitam yang dibeli adalah daripada perabot terpakai. Harga pula hanya RM150. Bantal kerus RM12 setiap satu dan meja putih RM89 dibeli dari IKEA.

Bunga yang simple dijadikan hiasan.

Semua barangan yang digunakan adalah dari IKEA. Boleh rujuk harga di bawah:

Bunga RM9.90
Pasu RM7
Palang putih RM25

Ruangan yang sama tampak lebih luas dan selesa untuk tetamu yang hadir. Macam ini barulah best untuk buat family-gathering!

Wallpaper 4 roll dengan harga Rm100 tapi untuk ruang TV ini hanya guna dua rollsahaja. Bermakna dia hanya menggunakan RM50 untuk ruangan TV ini. Ala-ala IKEA gitu!

Oh ya, harga palang letak Coke RM25 dan palang letak Astro decoder RM60 dari IKEA.

Lampu Spotlight itu hanya berharga RM35 boleh didapati di IKEA.

Tempat mendobi yang dahulunya memang serabut dan tidak tersusun dengan rapi, kini nampak lebih kemas dan teratur

Terbaik kan? Rasa macam nak ubah suai rumah sekarang jugak!

Sumber : Mcyahh Joanjett via Says

1 Trackback / Pingback

  1. Dengan Modal Hanya RM2K Wanita Ini Berjaya Ubah Suai Rumah Dalam Masa 24 Jam. – 100

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*