Datuk Siti Nurhaliza Mengaku Yang Dia Pernah Berg4duh Sampai Belas4h Orang.

Seperti mana yang pernah di war-warkan sebelum ini, FBI Live yang dikendalikan oleh dua hos popular Faizal Ismail dan Fara Fauzana (Fafau) sudah digantikan dengan sebuah program baru yang dikenali sebagai Dbilique.

Program berkonsepkan konti rumah dinamakan FBI Live itu menggunakan aplikasi live Facebook dan disiarkan secara visual di rumah yang terletak di Taman Tun Dr Ismail.

Disampaikan dengan santai dan menghiburkan, baru-baru ini Dbilique telah menjemput Datuk Seri Siti Nurhaliza ke konti mereka untuk segmen Artis Masuk Bilik pada Rabu yang lepas (15 Ogos 2018).

Kehadiran Siti semestinya menarik minat ramai penonton, ini telah dibuktikan apabila segmen ini telah mencapai 150 ribu tontonan selepas disiarkan di Facebook Faizal Ismail FBI.

Apa yang menarik minat kami, terdapat satu segmen di mana artis jemputan perlu menyertai satu permainan yang dikendalikan oleh Faizal dan Fafau. Siti perlu membaca salah satu soalan dari sebuah buku yang dipanggil Buku Beracun tetapi jika pemain tidak mahu menjawab soalan, maka penalti dikenakan.

Salah satu soalan cepumas yang dipilih oleh Siti adalah,

” gaduh Masa zaman sekolah?, siapa orang itu?”

Tanpa berselindung, Siti Nurhaliza menjawab,

“Pernah Gaduh! Saya gaduh dengan seorang budak ini, sebab dia suka panggil saya Bohsia. Sewaktu itu saya baru Tingkatan tiga dan semua pelajar perempuan akan dipanggil dengan gelaran Bohsia oleh budak lelaki itu. Kerana kenakalan budak itu, saya kejar dia satu sekolah sampai dapat. “

Fafau melanjutkan pertanyaan, adakah budak itu dibelasah teruk. Siti menjawab,

“Ya, saya minta maaf kepada budak nakal itu kerana dibelasah oleh saya. Saya pasti budak itu pasti ingat lagi peristiwa ini,” kata Siti

Suasana di studio ternyata meriah sekali dengan perkongsian memori zaman persekolahan Siti lagi-lagi dengan usikan Faizal dan Fafau.

Bila ingat balik kenangan lama, rasa nak sekolah balik. Untuk adik-adik yang masih bersekolah, nikmatilah zaman sekolah ini, jangan ponteng dan jangan lawan cikgu!

Sumber : Hangat.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*