Datuk Seri Siti Nurhaliza Malu Dan Segan Habis

KUALA LUMPUR: Ratu Pop Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin akan menyambut hari jadinya yang ke-40 hari ini.

Penyanyi pop yang menerima pelbagai anugerah itu merupakan penyanyi Malaysia yang paling berjaya, menerima lebih 300 anugerah tempatan dan antarabangsa dan membuat persembahan dalam lebih 50 konsert sepanjang penglibatan beliau selama 23 tahun dalam industri muzik.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza mencipta sejarah tersendiri apabila namanya menjadi perhatian di laman sosial Twitter sempena ulang tahun kelahirannya ke 40 pada Jumaat iaitu 11 Januari 2019.

Tiga trending yang menggunakan kata kunci #sitigolden40th, TokTi dan Siti Nurhaliza adalah perkataan yang hangat diperkatakan netizen di laman sosial itu sejak pagi Jumaat.

Biarpun mencapai banyak kejayaan, penyanyi “Anta Permana” itu berkata tiada apa lagi yang dihajatkan beliau selain daripada kesihatan yang baik dan mampu untuk terus menyumbang kepada masyarakat.

“Lagipun, saya sudah menerima hadiah yang paling berharga, anak perempuan saya, Siti Aafiyah,” katanya sebagaimana dipetik dalam satu laporan akhbar baru-baru ini.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan penyanyi kesayangan Malaysia itu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Anta Permana ini turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberi ucapan dan mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

“Segan pun ada ni. Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak ye,” tulisnya.

Sementara itu, pengurusnya Rozi Abdul Razak berkata, apa yang dilalui oleh penyanyi itu adalah bayaran daripada segala cabaran yang dihadapinya sebagai seorang anak seni.

“Bagilah dia peluang, hari jadi diakan hari ini, tiga sekali tu trending.

“Kadang-kadang, Allah duga kita, Allah beri kita cabaran, Allah limpahkan kita suka duka, bahagia, perit, berjaya, jatuh, aniaya, fitnah dan macam-macam untuk menghadirkan sesuatu, hanya dia saja yang dapat ‘menikmati’ erti segala sesuatu itu,” ujarnya.

Penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini dilahirkan pada 11 Januari 1979.

Siti berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan Siti Aafiyah yang kini berusia sembilan bulan.

Majlis meraikan ulang tahun kelahiran Siti Nurhaliza kali ini akan di adakan pada malam Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Siti Nurhaliza dan ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menikah pada 21 Ogos, 2006 dan Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac lepas.

Selepas lebih setahun berehat untuk menyambut kelahiran anak sulungnya, Siti Nurhaliza akan kembali beraksi untuk peminatnya pada tahun ini.

Ikon muzik itu akan mengadakan persembahan di empat negara – Indonesia (21 Feb), Singapura (2 Mac), Malaysia (16 Mac) dan England (22 April).

Bersempena konsert jelajah itu, satu dokumentari berjudul “They Call Me Siti: One Woman, Two Decades of Music, Ten Thousand Miles” akan ditayangkan di layar perak.

Penerbit Eksekutif Shiraz Project, Shirazdeen Karim yang akan mempromosikan Siti Nurhaliza sebagai Ratu Muzik telah memperuntukkan lebih RM10 juta bagi tujuan itu, menjadikannya mungkin konsert jelajah yang mempunyai belanjawan tertinggi bagi mana-mana penyanyi Malaysia.

SUMBER:MSTAR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*