Cynthiara Alona Dulu Manis Berhijab Tapi Kini Berubah Terus Tidak Berhijab Lagi

Langit tak selalunya cerah, kadang-kadang kala manusia boleh berubah tanpa dijangka. Bercakap mengenai perubahan manusia, di Malaysia sahaja ramai selebriti telah memutuskan untuk mengubah penampilan mereka.

Sebelum ini kita dikhabar dengan beberapa orang selebriti yang tidak lagi bertudung seperti Uqasha Senrose dan Sara Ali. Keputusan mereka telah mendapat liputan meluas dari media tempatan.

Yang terbaru, selepas lima tahun berhijab, pelakon Emma Maembong mengesahkan dirinya tidak lagi berhijab sejak tiga hari lalu. Bahkan, ada juga peminat bergambar bersamanya dengan imej terbaru di tempat awam.

Bagaimanapun, pelakon drama Isteri Separuh Masaitu tampil memberi penjelasan dan mengakui tindakan yang dilakukannya itu bukanlah sesuatu yang baik.

Cynthiara Alona
Artis dan model popular dari negara seberang, Indonesia, Cynthiara Alona baru-baru ini juga menjadi perhatian orang ramai kerana transformasi yang berlaku pada dirinya.

Pada yang tidak mengenali model cantik ini, sebelum terjun ke dunia perniagaan, dia aktif dalam dunia hiburan. Alona dikatakan sering memegang watak penting dalam beberapa filem seram seperti Setan Budeg, Susuk Pocong, dan Diperkosa Setan.BACA Aishah Terpanggil Untuk Beri Nasihat Kepada Aliff Syukri

Cantik Berhijab
Alona memutuskan berhijab sejak bulan Mac 2016 yang lalu. Penampilannya telah menerima banyak komen positif dari netizen.

Sejak terjun ke dunia hiburan pada tahun 2004 hingga kini, penampilan Alona mengalami perubahan yang berbagai-bagai. Apa yang membuatkan Hangat.com terkejut, Alona kini memutuskan dia tidak bertudung lagi.

Kini Tidak Berhijab Malah Lebih Seksi
Seperti gambar terbaru di bawah dari Instagramnya, Alona tampil kasual dengan t-shirt hitam dan seluar jeans. Dia juga memakai kacamata serta beg tangan mewah dari brand Louis Vuitton.

 

 

Pakai Bikini
Sehingga sekarang, perubahan yang berlaku pada Alona tidak tahu apa sebabnya. Alona tidak berhijab sejak awal Oktober tahun 2017, Alona malah makin berani tampil seksi. Bintang filem Kutunggu Jandamu itu juga turut memuatnaik foto dan video dirinya mengenakan bikini.

Berkahwin Dengan Pemuda Berasal Amerika
Ada desas-desus memberitahu Cynthiara Alona mengakudirinya sudah melangsungkan pernikahan di Amerika Syarikat . Malangnya, Alona tidak menceritakan secara terperinci siapa lelaki yang menjadi suaminya itu.

Mungkinkah suaminya merupakan jejaka berasal dari Amerika yang membuatkan dirinya berubah menjadi seperti ini?

Sumber Brilio.net, Tribunews

kredit: Hangat & geng joyah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*