Cara Kakak Ini Hiburkan Adiknya Dengan Comel Dapat Perhatian Orang Ramai.

Hubungan adik beradik memang tidak dapat dipisahkan malah kadang-kala adik beradiklah yang akan menghiburkan kita tambah pula mereka juga yang akan bantu kita ketika dalam kesunyian dan memerlukan bantuan.

Viral video seorang kanak-kanak perempuan ini dalam menghiburkan adiknya apapun telah menarik perhatian ramai apabila beliau yang masih kecil gigih melayan adiknya itu.

Kakak ini membuatkan rata-rata netizen terhibur melayan dirinya melayan adiknya dengan menyanyikan lagu ‘tepuk amai-amai’. Lucunya pula, biarpun masih pelat tapi kakak comel ini tetap menyanyikan lagu sepenuhnya buat adik kecil itu.

Alahai kenapa comel sangat ni kakak!

VIDEO:

Netizen turut memberikan komen memuji kakak comel yang pandai menjaga adiknya itu! dan turut terhibur mendengar nyanyiannya.

Alalaaaa comeiii nyer! senanglah kakak pandai jaga adik!

Sumber video: PenMerah dot com / KD

Kredit : EmpireMediaNetwork

Jagalah hubungan kita dengan adik beradik

Ada satu cerita seorang Professor yang mempunyai 4 orang anak. 3 orang anaknya pandai dan menjadi doktor, manakala yang keempat tidak begitu pandai dan cuma bekerja sebagai kerani sahaja. Professor itu rasa begitu pelik sehingga mengatakan yang anak keempatnya itu bodoh. Ditakdirkan, Allah menguji Professor itu terkena strok.

Dalam kesemua anaknya, anak yang keempat itulah yang menjaganya sepanjang masa. Anak yang lain sibuk dengan kerjaya.

Oleh sebab itu kita tidak boleh dengki dengan kelebihan yang Allah kurniakan pada adik-beradik yang lain. Seumpama jari kita yang lima, semuanya ada fungsi tersendiri. Kurang satu akan menjadi tidak sempurna.

Nabi SAW ada bersabda yang bemaksud, “Perasaan hasad memakan pahala amalan sepertimana api memakan kayu.

Kita perlu berlapang dada dan gembira dengan kelebihan yang dimiliki adik-beradik lain. Bagi yang lebih berjaya pula, jangan sombong dan bantulah adik-beradik lain yang kekurangan.
Fikir fikirkan apa yang kita patut bantu adik beradik yang ada kekurangan jangan bagi org lain mencaci dan menghina meraka.

Hukum menghina, perli orang lain adalah haram. Allah SWT melarang kita berbuat begitu. Oleh itu kita tidak boleh memperlekehkan apa yang dibuat oleh adik-beradik kita atau orang lain.

Gambar Hiasan

JADI nasihatkan darah daging kita supaya dia juga turut rasa dihargai org ramai
Hulurkan tangan kita bila dia perlukan…Ibubapa kita juga akan Aman disana melihat anak anak mereka….
Harta ibu bapa yang paling bernilai ialah anak-anak iaitu adik-beradik kita. Cuba perhatikan jika anak-anak sakit, ibu bapa sanggup gadaikan harta untuk menyelamatkan anak-anak.

Oleh itu janganlah kerana harta ibu bapa , adik-beradik bergaduh ,Sedangkan itu cuma harta dunia….harta yang membawa hingga ke Jannah Allah adalah silaturahim adik beradik itu…

Doa merupakan perisai orang orang beriman. Allah berfirman yang ringkasannya bermaksud, “Berdoalah kepada-Ku, Aku akan makbulkan.” Jadi doakanlah untuk adik-beradik kita kepada Allah SWT. Kita bertemu Allah paling kurang 5 kali sehari. Apabila kita mendoakan seseorang, dan orang itu tidak mengetahuinya, maka malaikat juga akan mendoakan kita doa yang serupa juga.

Teruskan berdoa, semoga abang,kakak adik kita dilapangkan REZEKI kekayaan REZEKI umur yang panjang dgn kesihatan yang baik ,diberikan hidayah juga bahagia dunia dan akhirat..
Rasulullah shallallahu alaihi wassalam pernah ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah kabarkanlah kepadaku amal yang dapat memasukkan aku ke surga”. Rasulullah menjawab; “Engkau menyembah Allah, jangan menyekutukan-Nya dengan segala sesuatu, engkau dirikan shalat, tunaikan zakat dan engkau menyambung silaturahmi”. (HR. Bukhari)

Dari Anas bin Malik, Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bersabda, “Barangsiapa bertemu saudaranya dengan membawa sesuatu yang dapat menggembirakannya, pasti Allah akan menggembirakannya pada hari kiamat.” (HR. Thabrani)

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah menyambung keluarga (silaturahmi).” (HR. Bukhari)
“Tidak masuk surga orang yang memutus keluarga.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Sumber Rakan FB

Kredit : Fitrahislami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*