Cara Abang-abang Polis Ini Mengisi Masa Lapang Dipuji Orang Ramai.

Media sosial kini yang penuh dengan hiburan seperti #tiktok dan #kekechallenge membuatkan ramai netizen yang meluahkan rasa kecewa, namun dengan penularan video dua orang lelaki bekerja sebagai anggota polis membuatkan ramai memuji mereka.

Mana taknya, disaat viral tentang #kekechallenge, abang polis ini melakukan perkara yang menjadi pedoman buat netizen dengan berkongsi video sedang membaca surah disaat masa terluang dan suara mereka dipuji sangat merdu.

Kelakuan abang-abang polis itu telah menunjukkan contoh yang baik buat netizen kerana tidak semua yang mampu melakukan hal yang sama kerana ia bergantung dengan diri sendiri.

Rata-rata netizen memberi komen setelah melihat video bacaan surah daripada abang-abang polis itu.

-Ya Allah, sedapnye suare

-Terbaik abang polis untung isteri dapat suami macam ni…-

-Alhamdulilah yang mendengar pun dapat pahala. Insha Allah…-

Sumber: Lubuk Viral VIA JMD FAMILIA

Kredit : MamaKuSyg

Kelebihan Surah – Surah Dalam Al – Quran

Berikut kami kongsikan secara huraian ringkas serba sedikit penerangan tentang kelebihan surah – surah dalam AL – QURAN seperti mana yang tertera di bawah.

SURAH AL-BARAAH – AT-TAUBAH – Pemutus perhubungan
– Barang siapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman.
– Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, di kedai atau ditempat – tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
– Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang dihajati .Hendaklah membaca surah al-taubah ayat 128 – 129 semasa berjumpa.

SURAH YUNUS – Yunus
– Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.
– Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi – mimpi yang buruk dan mengigau.

SURAH AL-HUD – Hud
– Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa.
– Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar.
– Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap – tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

SURAH YUSUF – Yusuf
– Barang siapa membacanya, akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.
– Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. – Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak – anaknya.

 

SURAH AL-KAHF – Gua
– Barang siapa membacanya akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.
– Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

SURAH MARYAM – Maryam
– Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat dan ibu-ibu yang hamil amalkan membaca surah ini mudah – mudahan akan dipermudahkan ketika melahirkan anak.

SURAH AL ANBIYA – Nabi-Nabi
– Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar – besar pangkat di sisi Allah s.w.t .- Surah Al Anbiyaa’- Ayat 79. Anak – anak pandai belajar.
– Surah Al Anbiyaa – Ayat 69, Surah Al Hasyr – Ayat 22 – 24. Anak – anak lembut hati/elak panas baran.

SURAH AL-HAJ – Haji
– Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh – musuhnya.

SURAH AL-MU’MINUN – Orang-orang Mukmin
– Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras, nescaya dia tidak akan meminumnya lagi.
– Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

SURAH AN-NUR – Cahaya
– Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi – mimpi yang buruk.
– Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
– Ayat penerang hati,Hendaklah sering membaca surah An Nur ayat 35 di pagi hari dan awal malam.

SURAH AL-FURQAN – Pembaca
– Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

SURAH ASY-SYU A’RA – Ahli-ahli Syair
– Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa – bisa itu.

 

SURAH AL-ANKABUT – Labah-labah
– Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh.
– Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

SURAH AR-RUM – Rum
– Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.
– Surah Ar Ruum Ayat 31 – Baca 33x,Bagi anak-anak yang suka keluar malam.

SURAH LUQMAN – Luqman
– Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala -gala penyakit terutama dari penyakit – penyakit perut.
– Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

SURAH AS-SAJ DAH – Sujud
– Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.

SURAH AL-AHZAB – Golongan-golongan
– Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.
– Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh – musuhnya.

SURAH FAATHIR – Pencipta
– Barang siapa membaca ayat – ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.

SURAH ASH-SHAAFFAAT – Yang Berbaris
– Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

SURAH SHAAD – Shaad
– Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagiaan sejati.

Demikianlah huraian serba ringkas coretan kelebihan surah – surah dalam Al – Quran ianya untuk pedoman serta rujukan buat kami sahaja .Jika ada yang terbaca coretan ini MAAF di pohon seandainya coretan ini kurang tepat atau tersasar dari maksud asal .Wassalam

Kredit : Mdruzaidaud

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*