Ashraf Muslim Kongsi Pengalaman Ketika Di Wad Rawatan Covid-19 Di Hospital Sungai Buloh

Umum telah mengetahui bahawa pelakon Ashraf Muslim telah di dapati positif Covid-19 setelah dia memuat naik video ke laman instagramnya tempoh hari. Di dalam video
tersebut memaparkan Ashraf Muslim telah diambil oleh ambulan untuk menjalani rawatan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh.

Pelakon itu yang kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh sempat membuat siaran langsung di laman Instagram nya ketika berada di dalam wad pada hari
khamis lalu. Menurut beliau, banyak hikmah yang diperolehi nya ketika berada di dalam wad hospital tersebut, ketika berada disana dia dapat menunaikan solat secara
berjemaah dengan pesakit-pesakit lain (MasyaAllah walaupun tengah sakit, dapat solat berjemaah, besar ganjaran Nya).

Bukan itu saja, malah mereka juga mengisi waktu yang ada dengan bermacam lagi aktiviti-aktiviti keagamaan di antara pesakit-pesakit lain yang berada di wad tersebut.
Ashraf memberitahu bahawa banyak perkara menarik yang dia dapat belajar disitu yang dikongsikan bersama pesakit-pesakit yang lain yang mungkin kita lalai sebelum ini,
mereka juga dapat berjemaah bersama-sama tepat pada waktunya dan diselitkan dengan ceramah juga.

Ashraf juga berkata bahawa berada di sana lebih kurang seperti berada di summer camp ataupun kem bina semangat, dimana dia dapat memuhasabahkan diri ketika disana.
Hati kita menjadi tenang kerana disana ramai pesakit-pesakit dari kalangan jemaah Tabligh yang selalu membaca Al-Quran dan juga selalu bercerita tentang kebesaran
Allah.

Ashraf juga sempat berpesan kepada Netizen diluar sana bahawa jangan memberi perspektif negatif kepada golongan Tabligh atau kluster Tabligh kerana penularan wabak
Covid-19 ini, admin juga bersetuju dengan dia kerana kalau kita tengok di Negara luar seperti China atau Amerika contohnya yang jumlah kes Covid-19 nya amat tinggi dan
luar biasa, adakah kerana disana ada kluster Tabligh juga?? tidak perlu lah diperbesarkan dan dipersalahkan kluster Tabligh ini kerana semua yang terjadi ada
hikmahnya.

Tambah Ashraf lagi, sekarang tekak dia baru mulai rasa sakit, juga sakit sikit ketika hendak menelan makanan dan nafas sekarang macam susah sikit. Dia baru mendapat
simptom setelah 14 hari dan baru nampak simptom-simptomnya. Nasib baik Ahsraf pergi buat saringan awal-awal, kalau tidak buat mesti dia dah bawa merebak virus tu ke
banyak tempat lagi. Dia juga berpesan kepada netizen supaya ikut arahan kerajaan untuk kuarantin dan duduk dirumah supaya wabak ini tidak merebak.

Kita sama-sama doakan semoga Ashraf Muslim kembali sihat dan bebas Covid-19 secepat mungkin. Amin.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*