Anggota Bomba Ini Turun Ke Sungai Klang Untuk Menyelamatkan Kucing Di Puji Orang Ramai.

Jabatan Bomba bukan sahaja boleh memadamkan api tetapi boleh memberikan khidmat macam macam dan pelik pelik sebenarnya. Salah satu khidmat Anggota Bomba adalah menyelamatkan kucing yang tersangkut atau terperangkap pada situasi yang sukar.

Video diatas menunjukkan seorang anggota bomba turun dengan menggunakan tali ke dalam Sungai Klang untuk menyelamatkan kucing. Haiwan ini terperangkap dalam laluan kumbahan dan kucing ini tidak dapat menyelamatkan diri sendiri lalu ia terperangkap.

Orang awam juga tidak dapat membantu kerana kedalaman laluan kumbahan dan ianya amat bahaya kerana laluan air di sungai klang agak deras. Mereka meminta Bomba untuk membantu.

Fakta menarik di sebalik tugas anggota bomba dan penyelamat yang tidak pernah didedahkan.

Pernah atau tidak anda tertanya-tanya tentang tugas dan tanggungjawab seorang anggota bomba dan penyelamat?

Hal ini kebanyakan daripada kita hanya tahu bomba bertanggungjawab untuk memadamkan kebakaran sahaja. Namun, sebenarnya anggota bomba menggalas tugas yang berat.

Hal-hal seperti menangkap haiwan berbisa di dalam rumah, menyelamatkan anak kucing di atas pokok, membaiki paip saluran, memotong besi dan sebagainya menjadi salah satu tugas yang mereka galas. Oleh yang demikian, pakaian seragam mereka perlulah hebat!

Pakaian seragam mereka tahan sehingga suhu mencecah 2200°F (1204.444°C)

Seragam anggota bomba dibuat daripada material khas yang mampu menahan suhu sehingga mencecah 2200°F (1204.444°C), dan ia melindungi manusia daripada asid yang likat dan penyerapan alkali.

Anggota bomba perlu memakai topeng oksigen. Menurut undang-undang keselamatan, bahagian muka perlulah bersih (tidak boleh ada misai, janggut, tindik) supaya topeng itu muat dipakai dengan sempurna.

Tiada sebarang bunyi dan penglihatan kabur di bangunan yang mengalami kebakaran.

Di dalam filem, anggota bomba boleh mengesan dan mengenalpasti bangunan yang terbakar dengan cepat dan pantas menanggalkan topeng oksigen menyelamatkan orang yang mengalami kecederaan.

Realitinya, anggota bomba tidak boleh sewenang-wenangnya membuka topeng oksigen kerana mereka sendiri akan tercungap-cungap kerana asap tebal dan beracun.
Mereka juga tidak dapat melihat dan mendengar sebarang bunyi di tempat kejadian. Jadi, agak sukar untuk mereka mengesan lokasi orang yang menjerit meminta pertolongan.

Terdapat 5 hingga 30kg beban yang ditanggung oleh anggota bomba di badan mereka

Hal ini bergantung kepada material pakaian seragam tertentu dan kelengkapan yang didatangkan dengan pakaian seragam berkenaan. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa anggota bomba hanya boleh bekerja jika tahap fizikal mereka baik dan cergas.

Mereka bersedia membantu dalam pelbagai situasi

Sebagaimana yang telah dinyatakan tadi, tugas bomba bukan sahaja untuk memadamkan kebakaran. Mereka sebenarnya penyelamat sewaktu kejadian bencana alam, menjadi tukang paip, tukang elektrik, mekanik, ahli psikologi dan pekerja perubatan jika berlaku kemalangan sebelum ambulans tiba.

Di sesetengah negara, jentera kebakaran mereka sangat hebat kerana dilengkapi dengan pelbagai peralatan untuk aktiviti menyelamatkan mangsa.

Selain itu, anggota bomba juga pandai menyesuaikan keadaan dengan kemahiran mereka. Misalnya, semasa menyelamatkan kanak-kanak, mereka perlu memastikan kanak-kanak itu berasa selamat, tenang dan tidak berasa terancam.

Mereka juga menyelamatkan haiwan.
abatan bomba kini menerima banyak aduan untuk menyelamatkan binatang peliharaan mahupun haiwan liar yang mengalami kesusahan.

Jika lembu terjatuh ke dalam parit, anjing terjatuh ke dalam perigi, kucing tidak boleh turun daripada pokok, ular menyelinap masuk ke dalam kediaman, dan sebagainya, pasti anggota bomba datang menyelamatkan keadaan. Bayangkan jika mereka tiada untuk membantu…

Terima Kasih Kepada Bomba
Perkerjaan BOMBA bukan mudah. Jika anda kenal atau jumpa anggota bomba. Ucapkan terima kasih kepada mereka.

Video Penuh Kejadian

Sumber: ERA BARU

Edited: KLV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*