Anak Kucing Comel Ini Tidak Henti-henti Cium Lelaki Yang Menyelamatkannya Dari Dilanggar Kereta.

Beberapa hari yang lalu seorang pengayuh basikal Viitor Fonseca telah keluar bersiar-siar bersama basikalnya apabila beliau terserempak dan melihat seekor anak kucing comel berwarna kelabu dalam keadaan terdesak memerlukan bantuan.

Beliau tahu jikalau dibiarkan sahaja anak kucing yang baru lahir itu , nasibnya mungkin tidak dapat bertahan untuk hidup.

Lalu Fonseca memutuskan untuk mengambil anak kucing itu, tetapi tidak tahu di mana mahu meletak ia, jadi beliau menyelitkan anak kucing itu di dalam jersinya.

Anak kucing comel belang kelabu itu bersenang-senang selamba mendakapnya, tidak kisah langsung. Sebaliknya menikmati perjalanan berbasikal dengan Fonseca sejauh 6.2 batu sampai ke kediamannya.

“Menyelamatkan satu nyawa hari ini,” Viitor berkongsi di Facebook. “Mujur ia menyukai saya dan tidak pun mencakar saya.” Tambahnya lagi, “ Apa yang ia lakukan hanya bermain-main.”

Semuanya dalam rakaman video comel yang menjadi viral bila anak kucing bertuah itu tidak henti-henti mencium penyelamatnya.

Sejak itu, Fonseca membela anak kucing comel itu yang menjumpai rumah dan tuannya yang sangat baik hati dan penyayang. Hingga kini, perjalanan berbasikal itu pasti meninggalkan memori indah bagi mereka berdua, anak kucing dan tuannya itu.

Pengayuh Basikal Brazil Viitor Fonseca keluar bersiar berbasikal apabila dia menyelamatkan seekor anak kucing sesat yang comel.

Sambil abang ni membawanya ke tempat yang selamat, ke rumah Fonseca akhirnya , anak kucing comel ini membalas budi baiknya dengan ciuman tidak henti-henti.
data-href=”https://www.facebook.com/viitor.fonseca/videos/1251555571628146/” data-width=”1060″>

Sumber: ERA BARU